ads

23 September 2016

TIPS POWER BANK TAHAN LAMA

Bagaimana cara atau tips membuat Power Bank tahan lama, charge sekejap sudah penuh, tapi guna sekejap sudah habis bateri? Ya, itulah masalah yang selalu ditemui pengguna Power Bank untuk mengecas telefon. Ada juga yang mengadu menjadi terlalu panas waktu mengecas.
Tak dinafikan, Power Bank sangat- sangat membantu ketika kita berada jauh dari sumber kuasa elektrik untuk mengecas telefon. 
Sebab utama Power Bank cepat rosak adalah disebabkan salah faham penggunaan Power Bank itu sendiri.

Pemakaian Power Bank

  • Matikan telefon anda sekurang-kurangnya sehingga kapasitinya kembali pada tahap 50%. Sebaik-baiknya, ketika sudah benar-benar penuh baru dihidupkan kembali. Mengapa tidak boleh? Boleh saja. Tetapi apabila kapasiti bateri masih sangat rendah, telefon dipaksa digunakan untuk memanggil, browsing, atau main game , itu akan membuatkan Power Bank bekerja lebih dari kemampuannya.
  • Perhatikan kapasitinya. Jangan memaksa Power Bank mengecas bateri gadget yang lebih besar daripada kapasiti Power Bank. 

Mengecas Semula Power Bank

Sedaya upaya mengecas hingga penuh Power Bank anda setiap hari supaya dia boleh bekerja secara maksimum. Untuk jenis 5.800mAH, memakan masa sekitar 8 jam untuk penuh.Jika baru dicas 2-3 jam sudah penuh, bermakna Power Bank itu tidak bagus dan perlu dicurigai. Sekali lagi sesuaikan kapasiti kuasa sewaktu mengecas.
Semakin sering anda mengecas semula Power Bank, maka usianya akan semakin pendek. Sama saja dengan bateri komputer riba atau telefon pintar anda. Power Bank yang baik mampu bertahan sehingga 500 kali cas semula sehingga penuh. Boleh satu tahun lebih, kalau setiap hari dicas penuh pada malam hari.

Elakkan Dari Suhu Yang Melampau Dan Terjatuh

Power Bank tidak boleh berada pada tempat yang terlalu panas atau terlalu sejuk, kerana boleh menyebabkan komponen bateri rosak. Untuk Power Bank bertahan lama, jangan letakkan Power Bank di tempat yang terkena cahaya matahari secara terus atau juga berhampiran sumber haba kerana akan mudah terbakar. Elakkan juga tempat yang lembab, serta dijaga jangan sampai terkena air. Sebagai langkah berhati- hati, anda boleh membungkus Power Bank dengan baik agar suhunya sentiasa normal.
Power Bank mengandungi bahan bateri yang sangat terdedah terhadap hentakkan keras. Jika Power Bank sering jatuh maka prestasinya akan berkurang, bahkan mungkin tidak boleh digunakan  terus. Untuk itu demi keselamatan, berikan keselamatan bagi peranti kecil ini sarung Power Bank seperti kain atau kulit.
Tips dan trik terakhir dalam menjaga Power Bank ialah dengan menggunakannya dalam keadaan yang benar-benar kecemasan dan jauh dari sumber elektrik.