ads

20 September 2016

Bagaimana untuk Refill dan Guna Semula Cartridge Printer



Entry ni nak cerita bagaimana untuk Refill (isi semula) dan menggunakan semula Cartridge Printer.

Kalau head catridge rosak guna kaedah lain. Antaranya boleh baca entry kami sebelum ni di: Kaedah Terakhir Baiki Catridge Sebelum Beli Lain

Catridge Printer bukan murah beb.. Jika anda mengikuti cara ini dan isi semula Catridge Printer anda daripada membeli yang baru, anda boleh menjimatkan ratusan ringgit setahun.




1
Membeli kit isi semula dakwat di sebuah kedai komputer. Banyak kedai komputer yang menjual kit ini dengan harga murah. Kos biasanya kira-kira separuh dari harga Catridge Printer anda. Anda juga boleh mencari kit ini pada penjual online (atas talian).



2

Sediakan bersama satu roll kertas tisu atau guna ja kain buruk, pita pelekat (scotch tape) dan lagi bagus kalau ada sarung tangan plastik. 



3

Keluarkan cartridge yg ink habis dari printer anda. (pada yang tak tau langsung boleh tengok manual guide printer masing- masing atau google ja camna nak keluarkan catridge tersebut)


4

Pakai sarung tangan (tiada paksaan.. tapi kalau jadi cam gambar kat bawah.. mohon senyum sahaja..)


5

Cari lubang mengisi ink di bahagian atas cartridge.  Buang label di atas cartridge tersebut. Cartridge "colour" akan ada tiga lubang dan Cartridge "black" hanya ada satu lubang.




6

Tebuk lubang. Lubang ini akan mempunyai span di dalamnya jadi sila hati masa menebuk. Guna penebuk yang disertakan dengan kit refill yg dibeli. Jika tak ada boleh guna pisau.



7

Mula mengisi semula. Tiada masalah untuk Cartridge "black"



8

Untuk cartridge "warna" sila pastikan dahulu lubang magenta, cyan, dan yellow.  Boleh cari kat google melalui kod cartridge.





9  Masukkan jarum refill ke lubang yg betul dan tekan perlahan2. 



10

Masukkan jarum refill dan perlahan2 masukkan ink. Pastikan ink tidak terlebih masuk.


11

Lapkan lebihan ink yang keluar dan di head cartridge dengan berhati- hati. 


12

Tampalkan pelekat (scotch tape) untuk menutup lubang tadi. 



13

Pasang semula catridge di Printer



20

Cuba print. Print beberepa helai kertas atau jalankan  preventive maintenance.


Semoga berjaya..