OD41

Memaparkan catatan dengan label Komputer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komputer. Papar semua catatan

20 Oktober 2016

Explaindio Video Creator : Software Membuat Video Yang Mudah Digunakan

Pernah lihat video presentation atau iklan yang memaparkan situasi gambar sedang dilukis dengan tangan di atas papan putih? Teknik ini dinamakan Video Scribing - Whiteboard Animation. Konsep video scribing / gambaran tangan tersebut biasa digunakan sebagai video promosi, CV, presentasi, dan semacamnya.

Sekilas melihat video scribing itu, anda pasti terfikir perlukan kemahiran yang tinggi di bidang animasi untuk membuatnya. Sebenarnya, di zaman makin canggih ini, ada sahaja software yang dibuat untuk orang - orang yang tak pakar bab animasi ni. Nah, software kali ini yang akan kami kongsikan merupakan salah satu software yang akan membantu anda membuat video scribing dengan sangat mudah!

Sebelum muat turun.. jom layan video ni dulu..



Download Explaindio Video Creator

19 Oktober 2016

Top 5 Virtual Private Network (VPN)



Berikut disenaraikan VPN yg korang boleh guna untuk regular user..

Yang nak tau pasal VPN boleh baca di  Apa itu VPN (Virtual Private Network)

1 – Hotspot Sheild



Bilangan server: N/A | Lokasi Server: 20 | IP addresses: N/A | Max devices: 5

Salah satu software VPN yg terbaik dan menyediakan semua ciri-ciri yang anda perlukan. Ianya menyokong private browsing, lokasi maya (virtual location), ALL ACCESS CONTENT dan juga berkemampuan untuk digunakan pada 5 devices.


2 – KeepSolid VPN Unlimited




Number of servers: 300 | Lokasi Server61 | IP addresses: 1500 | Max devices: 5

Sesetengah company akan memilih one-size-fits-all dalam menggunakan VPN. Tetapi VPN ini sangat berbeza kerana size plans yang digunakan bukan 1,2 atau 3 TETAPI 6 plans. Selain itu real dan virtual IP turut dipaparkan demi keselamatan anda.

3 – NordVPN




Bilangan server: 685 | Lokasi Server52 | IP addresses: N/A | Max devices: 6

Pilihan untuk anda yang mahukan VPN with ULTRA SECURE. Software ini tidak mempunyai byk pesaing dan menyediakan 685 server di 52 buah Negara, 2048-bit encryption, strong DNS, automatic kill switch, perlindungan ip jika anda menggunakan Bitcoin, PayPal dank ad kredit.

4 – PureVPN




Bilangan server: 500 | Lokasi Server180 | IP addresses: 95000 | Max devices: 5

Software ini pula adlaah yang TERBAIK jika ada mahukan MAXIMUM SPEED.  Dicipta khusus untuk download, surfing dan sebagainya yang berkaitan dengan kelajuan data. Dan sangat2 bagus bagi mereka yang suka download kerana ia meningkatkan kemampuan sehingga 80 peratus kelajuan download.

5 – IPVanish




Bilangan server: 552 | Lokasi Server60+ | IP addresses: 40000+ | Max devices: 2

SOFTWARE TERBAIK BAGI KAKI TORRENT dan P2pP user. Software ini diakui sebagai VPN terpantas di dunia, dengan penyediaan lebih 40,000 ip yang boleh dikongsi, lebih 500 server seluruh dunia dan lebih 60 server VPN di seluruh dunia. Seperti biasa, produk yang bagus maka harganya juga agak mahal.

Jadi korang yang nak menggunakan VPN dalam kerja harian, boleh lah mencuba salah satu dari VPN yang kami senaraikan ini. Bak kata pengguna sejati  VPN. Tiada laman web yang tak boleh dibuka dengan VPN.

18 Oktober 2016

Masalah Pendrive Tak Boleh Format (The disk is Write protected)


Anda tidak boleh simpan file dalam pendirve? Nak format pun tak boleh. Naik error write protected! jangan risau, bukan anda seorang yang kena penyakit tu.. haha..

Buang Write Protection dengan Diskpart di Command Prompt

Klik di Start Menu dan taip cmd di ruangan Search programs and files. Tekan ja enter atau Klik Kanan dan Run as Administrator.


Anda sekarang akan nampak Command Line Utility, yang kelihatan seperti yang berikut.


Taip command DISKPART dan tekan Enter. Diskpart adalah disk-partitioning tool yang dibina ke dalam Windows dan boleh diakses melalui Command Prompt. 


Sekarang taipkan LIST DISK dan tekan Enter. Anda akan nampak sebuah jadual sesuatu seperti di bawah. Ia menunjukkan dua disk: Hard Disk Drive s (HDD) sebagai Disk  0, dan pendrive sebagai Disk 1. Kita tahu bahawa pendrive adalah Disk 1 kerana ianya lebih kecil daripada Disk 0. Hati - hati dalam menentukan yang mana satu pendrive anda.

Selepas menentukan disk pendrive anda, taip SELECT DISK 1 dan tekan Enter. Anda akan diberi tahu disk 1 telah dipilih. Taipkan ATTRIBUTES DISK, dan Diskpart akan memberitahu anda apa yang anda ingin tahu tentang pendrive anda. Paling penting ialah baris pertama yang tertulis Current Read-only State: Yes : Ya. Ini punca naik error "the disk is write protected".

Untuk buang write protection dengan Diskpart, taipkan arahan 
ATTRIBUTES DISK CLEAR READONLY

Guna ATTRIBUTES DISK lagi sekali untuk tahu ia berjaya atau tidak.


Double-check dengan cuba menyalin fail yang kecil untuk pemacu USB anda. Jika ia berfungsi, tahniah anda berjaya. Jika anda masih error write-protect, Inilah masanya untuk membawa keluar senjata yang lebih besar iaitu Perisian Utiliti.

Perisian Utiliti yang direkomen digunakan ialah:


Moga berjaya..!! Jika ada permasalahan sila tinggalkan pesanan di ruangan komen di bawah. Kami akan cuba membantu anda. 

14 Oktober 2016

Berhati - hati Jika Anda Mendapat Pendrive Percuma di Peti Surat Anda



Mungkin sebahagian besar pengunjung blog ini akan pesanan ini, tetapi jika tiba - tiba anda mendapat thumb drive misteri melalui pos, jangan gunakan selagi tidak mengetahui dari mana asalnya. Mungkin ia berisi virus ransomeware. Polis di Australia sedang menyiasat beberapa kes thumb drive yang dihantar melalui pos yang membawa ransomware.

Menurut pihak polis di bandar Pakenham, Australia  37 batu dari Melbourne, beberapa penduduk telah melaporkan thumb drive misteri yang muncul dalam peti surat mereka. Tiada setem atau alamat, hanya sampul surat yang dihantar tangan. Thumb drive adalah biasa, tetapi perisian yang ada di atasnya bijak menyamar.

Setelah memasang di komputer, pada mulanya pengadu nampak tawaran promosi Netflix atau perkhidmatan streaming lain. Dan sudah tentu, siapa yang tidak suka barangan percuma? Setelah di install ke komputer, ia tidak memberikan apa-apa hiburan percuma sama sekali. Sebaliknya, komputer itu telah dijangkiti dengan ransomware.



Ransomware telah menjadi satu ancaman yang berterusan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Virus digunakan untuk mencuri data dan menggunakan komputer anda untuk tujuan ugutan. Ransomware akan merosakkan fail yang disimpan pada komputer, kemudian menuntut bayaran Bitcoin untuk membaiki kembali fail yang rosak tersebut. Bitcoin adalah tidak dikawal selia dan dikesan (untraceable), pelaku menjadi amat sukar untuk ditangkap. Serangan ini telah digunakan terhadap ramai pengguna internet, tetapi penjenayah telah mula mensasarkan syarikat dan organisasi tertentu juga. Seseorang mungkin membayar beberapa ratus ringgit untuk mendapatkan kembali fail mereka, tetapi syarikat atau organisasi tertentu mungkin membayar lebih tinggi untuk mendapatkan kembali akses kepada data.

Kebanyakan  serangan ransomware melibatkan pemasangan perisian, tetapi pendekatan melalui peti surat ini kes yang baru. Namun, ia boleh menjadi berkesan. Orang yang tidak ambil kisah dengan thumb drive misteri ini  akan lebih cenderung untuk menggunakan thumb drive tersebut.

12 Oktober 2016

Masalah Semua File Bertukar ke .CHK di Pendrive














Situasi ini banyak terjadi disebabkan shutdown komputer yang tidak sempurna atau Pendrive dicabut terlalu cepat.

Apabila dibuka kembali, pendrive tiba-tiba kosong.. tidak ada data yang tinggal. Apabila dilihat di properties, kapasiti masih terisi dengan data.

Di fikiran anda mungkin cuma file dihiddenkan, jurus maut Attrib di Commant Prompt terus dikerahkan, proses pun selesai.

Setelah diperiksa kembali, masalah baru tiba. Muncul folder FOUND.000, dan file-file yang saya cari tersimpan di folder ini semua, tetapi berubah menjadi FILE0000.CHK, FILE0001.CHK dan banyak lagi yang seangkatan dengan file .CHK tersebut.
















Bagaimana nak recover balik ke file asal?

Download aplikasi UnCHK



Penggunaannya cukup mudah. Jalankan aplikasi UnCHK, tentukan lokasi folder FOUND.000 dan tentukan lokasi untuk menyimpan hasil recovery.


Selanjutnya klik OK, dan tunggu hingga proses selesai.




Jika muncul Error MSVBVM50.DLL is missing semasa menjalankan aplikasi UnCHK ini, boleh rujuk  artikel : Masalah MSVBVM50.dll is missing

Jika dengan aplikasi UnCHK atau FileCHK belum selesai atau banyak error, boleh guna altenatif di bawah.

CHK-Mate

Cara Download

Anda akan diarahkan ke halaman adf.ly tunggu 5 saat, dan klik tombol SKIP AD


Moga berjaya..!! Jika ada permasalahan sila tiggalkan pesanan di ruangan komen di bawah. Saya akan cuba bantu sedaya upaya.





Masalah MSVBVM50.dll is missing



MSVBVM50.dll dikaitkan dengan Visual Basic Virtual Machine dan program Visual Basic, ia telah dibangunkan oleh Microsoft Corporation. MSVBVM50.dll missing biasanya disebabkan dua program berkongsi fail .dll yang sama. Apabila program dihapuskan kadang-kadang ia akan memadam fail .dll. Kesilapan juga boleh berlaku dari fail msvbvm50.dll yang rosak atau versi fail tidak betul .


Download and Install

1. Download file msvbvm50.dll 
2. Pindah msvbvm50.dll ke folder 

- C:\Windows\System (Windows 95/98/Me) 
- C:\WINNT\System32 (Windows NT/2000) 
- C:\Windows\System32 (Windows XP, Vista, Windows 7)

Semoga Berjaya

11 Oktober 2016

Bagaimana Untuk Menukar Nama Wifi Streamyx dan Kata Laluan Anda



Kali ini kami ingin berkongsi satu tutorial untuk menukar nama dan password WiFi Streamyx anda. Kami rasa majoriti pengguna Streamyx tidak tahu cara untuk menukar nama dan password WiFi Streamyx ini. Jadi, dengan tutorial ini anda pasti tahu cara menukar nama dan password WiFi Streamyx sendiri tanpa bantuan dari staff TM.

Baca juga post ni:   Apakah itu WiFi? Bagaimana ia Berfungsi?


Komputer anda mestilah disambungkan ke rangkaian WiFi Streamyx tersebut untuk masuk ke halaman konfigurasi (interface) modem.  Untuk meningkatkan keselamatan rangkaian tanpa wayar, saya mengesyorkan anda untuk mengubahnya pada kadar yang kerap, mungkin sebulan sekali!. Dengan berbuat demikian, anda boleh menghalang mana-mana sambungan yang tidak diingini.

Model modem atau router yang berbeza mungkin mempunyai interface konfigurasi yang berbeza. Panduan ini adalah untuk model ADSL-RIGER-DB120WL.







Bagaimana untuk menukar nama dan kata laluan WiFi Streamyx.

Langkah 1: hidupkan komputer anda dan modem TM Streamyx.

Langkah 2: Sambungkan komputer anda ke WiFi Streamyx anda atau gunakan kabel LAN.

Langkah 3: Buka mana-mana pelayar (browser) internet dan masukkan URL berikut:

http://192.168.1.1



Langkah 4: Masukkan butiran log masuk anda seperti default di bawah:
ID: tmadmin
Kata laluan: Adm@XXXX
XXXX adalah buat 4 digit MAC ADDRESS modem anda, anda boleh mencarinya pada pelekat di bahagian bawah modem anda.

Langkah 5: Klik "Login".



Langkah 6: Pada menu sebelah kiri, klik "Wireless".

Langkah 7: Dalam kotak "SSID", masukkan nama WiFi Streamyx anda.



Langkah 8: Klik "Apply/Save" untuk menyimpan perubahan yang anda lakukan.

Anda telah berjaya menukar nama WiFi Streamyx anda.


Teruskan dengan 9 langkah di bawah untuk Tukar Katalaluan WiFi 


langkah 9: di bawah "Wireless" sub menu, klik "Security".

Langkah 10: Pilih "SSID" dan klik "Network Authentication".

Langkah 11: Dalam kotak "WPA/WAPI passphrase", masukkan kata laluan baru anda.



Langkah 12: Klik "Apply/Save" untuk menyimpan perubahan.

Siap! Anda telah berjaya menukar nama dan kata laluan baru WiFi Streamyx anda

Nota: Jika komputer anda disambung ke rangkaian menggunakan cara wireless, ia akan terputus. Anda perlu mencari dan menyambung ke namaWiFi Streamyx yang baru dan log masuk menggunakan kata laluan yang baru.


9 Oktober 2016

Bagaimana Untuk Mengetahui Siapa Yang Menggunakan Wi-Fi Kita


Cara mudah mengetahui siapa saja yang menggunakan wifi kita atau wifi di tempat umum seperti hotel dan lain - lain.






Pada masa kini, sudah banyak aplikasi ip scanner berasaskan Android dan iOS. Salah satu yang boleh digunakan ialah Fing dari Domotz.ltd. Anda boleh cari di Google Play Store atau App Store untuk menginstallnya..



Setelah install, run aplikasi tersebut. Pastikan smartphone anda tersambung dengan wifi yang dimaksudkan.




Selain nama wifi dan i.p address, Fing juga akan memaparkan kepada anda Mac Address yang boleh digunakan untuk keperluan filtering (block akses ke wifi) di router wifi tersebut.

8 Oktober 2016

Teknologi Li-Fi yang bakal menggantikan Teknologi WiFi



Apakah Li-Fi?

Sebelum itu, anda boleh membaca entry Apakah itu WiFi? Bagaimana ia Berfungsi?

Light Fidelity atau Li-Fi merupakan satu sistem komunikasi Visible Light Communications (VLC) yang menjalankan komunikasi tanpa wayar (wireless) pada kelajuan yang sangat tinggi.  Li-Fi menggunakan lampu rumah LED (light emitting diodes) untuk membolehkan pemindahan data yang menawarkan kelajuan sehingga 224 Gigabits sesaat.

 Istilah Li-Fi ini dicipta oleh  Profesor Harald Haas dari University of Edinburgh semasa TED Talk pada tahun 2011. Haas menggambarkan mentol lampu yang boleh bertindak sebagai wireless routers. Setelah empat tahun penyelidikan, Haas menubuhkan syarikat dengan matlamat menjadi peneraju dunia dalam teknologi komunikasi Li-Fi.












Bagaimana Li-Fi Berfungsi 

Li-Fi dan WiFi menjalankan tugas yang sama iaitu menghantar data secara elektromagnetik. Walau bagaimanapun, WiFi menggunakan gelombang radio dan Li-Fi menggunakan cahaya yang boleh dilihat.  Ini bermaksud ia memerlukan pengesan gambar (photo-detector) untuk menerima isyarat cahaya dan alat memproses isyarat cahaya untuk menukar isyarat  tersebut menjadi data. Lampu LED ialah lampu separa konduktor (semi-conductor light ), tenaga elektrik yang dibekalkan kepada Lampu LED boleh dinaik atau diturunkan dalam ertikata lain boleh dimalapkan.



Sebagai contoh, data dimasukkan ke dalam lampu LED (dengan teknologi pemprosesan isyarat), ia kemudian menghantar data pada kelajuan yang cepat kepada foto-pengesan (photo-detector).

Kerlipan lampu LED yang pantas sehingga tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar tersebut kemudiannya ditukarkan oleh 'penerima' menjadi isyarat elektrik.  Seterusnya isyarat elektrik tersebut ditukarkan kembali ke dalam bentuk data binari yang mereka anggap membolehkan sebuah peranti menjalankan aplikasi web, video dan audio.



Li-Fi vs WiFi 

Walaupun kelajuan Li-Fi pada 224 Gigabits sesaat meninggalkan Wi-Fi jauh lebih perlahan, Li-Fi masih mempunyai keburukan seperti isyarat Li-Fi yang tidak boleh menembusi dinding. Jadi, untuk mendapat isyarat penuh, lampu LED perlu diletakkan di seluruh rumah. Li-Fi juga memerlukan lampu LED yang dipasang pada setiap masa untuk menyediakan sambungan tidak kira siang atau malam.

Masa Depan Li-Fi 

Pada November 2014, perintis teknologi Li-Fi iaitu pureLiFi telah membuat kerjasama dengan Lucibel (syarikat lampu dari Perancis)  untuk mengeluarkan produk berasaskan teknologi Li-Fi menjelang akhir tahun 2015.

pureLiFi sudah mempunyai dua produk di pasaran:


  • Li-Flame Ceiling Unit sebagai penghantar signal LiFi




  • Unit Desktop Li-Flame sebagai penerima LiFi



Kedua-duanya berfungsi untuk membekalkan cahaya dan sambungan network dalam satu peranti.




Li-Fi dilaporkan sedang diuji di Dubai oleh syarikat pembekal telekomunikasi UAE, du dan Zero1. Mereka mendakwa telah berjaya menyediakan internet, audio dan video streaming menerusi sambungan Li-Fi.

Ada juga desas desus mengatakan Apple juga sedang membuat penyelidikan dan pembangunan (RnD) untuk mengeluarkan iPhone yang berkeupayaan Li-Fi. Seorang pengguna Twitter mendapati di dalam kod iOS 9.1 mempunyai rujukan kepada Li-Fi yang dinamakan sebagai 'LiFiCapability' yang membuktikan Apple sedang mengintegrasikan Li-Fi di iPhone pada masa akan datang.

5 Oktober 2016

10 Jenama Komputer Terbaik Di Dunia


Pengeluar - pengeluar komputer sentiasa berusaha untuk memastikan jenama komputer riba atau komputer mereka mampu mengekalkan reputasi dari segi kualiti dan nilai kepada pelanggan.

Pada masa sekarang, terdapat pelbagai jenama komputer terbaik yang telah menyerang pasaran dan bersaing dalam penambahbaikan dari segi kebolehpercayaan dan kualiti.

Di bawah ini diberikan sebahagian daripada jenama komputer terbaik dan anda boleh nilai sendiri yang bersesuaian untuk anda dan juga keluarga anda.


1. Apple


Apple adalah salah satu jenama komputer yang terbaik di dunia. Syarikat multinasional Amerika  ini, sentiasa berdiri di barisan hadapan dalam revolusi PC dan adalah salah satu jenama komputer yang paling digemari di dunia. Syarikat ini beribu pejabat di Cupertino,California. Sebagai salah satu jenama komputer terbaik di dunia, firma ini membantu dalam membangunkan, merekabentuk dan menjual komputer peribadi, peralatan elektronik, perisian komputer dan lain-lain. Antara yang peranti terbaik keluaran firma ini adalah iPad, komputer Mac,  telefon pintar iPhone, peranti media iPod, dan lain-lain. 
Diasaskan oleh Ronald Wayne, Steve Jobs, dan Steve Wozniak pada April 1, 1976 , firma ini telah dicipta untuk menjual dan membangunkan PC. Pada 3 Januari 1977, ia menggabungkan sebagai Apple Computer Inc. dan kemudiannya telah ditukar nama kepada Apple Inc. Berada di ranking ke-9 di The Fortune 2016 Global 500.

2. Dell


Syarikat ini merupakan sebuah syarikat multinasional berpangkalan di Amerika Syarikat yang juga merupakan firma teknologi komputer yang menonjol. Ia beribu pejabat di Round Rock Texas. Pekhidmatan utama syarikat ini ialah ia membekal dan memberi khidmat bantu membaiki komputer. Firma ini dinamakan sempena pengasasnya Micheal Dell dan dianggap salah satu firma teknologi yang terbesar di dunia. Memiliki seramai 103 ribu pekerja yang bekerja di seluruh dunia dalam firma ini.

3. Asus


Ini adalah salah satu jenama komputer yang terbaik di dunia. Asus disebut sebagai Asus Inc. adalah sebuah syarikat multinasional firma elektronik dan perkakasan Taiwan. Ia terletak di Daerah Beitou Taipei Taiwan. Firma ini menawarkan produk yang berkaitan dengan netbook, komputer peribadi, komputer riba, LCD / panel LED, peranti rangkaian, telefon pintar, monitor, motherboard, hard disk, kad grafik, produk multimedia, server, komputer tablet, workstation dan lain-lain.


4. Lenovo


Lenovo boleh menjadi pilihan yang baik. Ini adalah salah satu jenama komputer terbaik dan yang dipercayai. Pada asasnya, ia adalah sebuah firma komputer multinasional China. Ia terletak di Beijing ,China dan mempunyai beberapa pejabat di Amerika Syarikat seperti di North Carolina, Morrisville, dan lain-lain. Ia menawarkan perkhidmatan mengilang, reka bentuk, menjual dan membangunkan telefon pintar, PC, tablet, workstation, server, smart tv, peranti simpanan elektronik, perisian pengurusan Teknologi Maklumat, dan lain-lain
Adakah anda tahu bahawa pada tahun 2013, Lenova dianggap sebagai salah satu vendor PC peribadi yang terbesar dari segi jualan unit? 

5. MSI


MSI ( Micro-Star International Co.Ltd.) adalah syarikat teknologi maklumat multinasional Taiwan yang beribu pejabat di New Taipei City, Taiwan. Ia membentuk, membangun dan menyediakan perkakasan komputer, produk dan perkhidmatan berkaitan komputer riba, papan induk, kad grafik, All-in-One PC, server, komputer , perisian dan lain-lain

Syarikat ini tersenarai di papan utama Bursa Saham Taiwan dan ditubuhkan pada tahun 1986 oleh 5 orang pengasas iaitu Hsu Xiang (aka Joseph Hsu), Huang Jinqing (aka Jeans Huang), Lin Wentong (aka Frank Lin), Yu Xian'neng (aka Kenny Yu) dan Lu Qilong (aka Henry Lu). Pertama kali memulakan perniagaan di Taiwan , MSI kemudian berkembang ke tanah besar China di Shenzhen pada tahun 2000 dan membina pejabat penyelidikan dan pembangunan di Kunshan pada tahun 2001. Ia juga menyediakan perkhidmatan waranti global di Amerika Utara, Tengah / Amerika Selatan, Asia, Australia dan Eropah.

6. HP (Hewlett-Packard)


Kebanyakan kita ragu- ragu apakah komputer yang terbaik untuk dibeli. HP juga antara salah satu jenama komputer terbaik di dunia. Ia adalah sebuah syarikat IT multinasional berpangkalan di Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Palo Alto,California. Ia menyediakan perkhidmatan perkakasan dan perisian untuk perniagaan bersaiz kecil dan sederhana, pengguna dan juga kepada syarikat-syarikat besar yang menjalankan perniagaan di sektor kerajaan, pendidikan dan kesihatan. Berada di ranking ke-48 di The Fortune 2016 Global 500.

7. Microsoft


Microsoft Corporation biasanya dirujuk sebagai Microsoft atau MS adalah syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Redmond, Washington. Lebih popular dengan penjualan sistem operasi komputer Microsoft Windows. Produk perkakasan popularnya adalah Xbox (konsol permainan video) dan Microsoft Surface (tablet pc). Sehingga sekarang, ia adalah pembuat perisian terbesar di dunia dan salah satu syarikat yang paling berharga di dunia.

Microsoft diasaskan oleh Paul Allen dan Bill Gates pada 4 April 1975, untuk membangunkan dan menjual BASIC jurubahasa untuk Altair 8800 . Ia meningkat untuk menguasai pasaran sistem operasi  komputer dengan MS-DOS pada pertengahan 1980-an, diikuti oleh Microsoft Windows. 

8. Acer


Ia juga dirujuk sebagai Acer Inc. Acer adalah sebuah firma elektronik dan perkakasan multinasional Taiwan yang beribu pejabat di Xizhi,Taipei. Ia menawarkan perkhidmatan mengilang, reka bentuk, menjual dan membangunkan telefon pintar, PC, tablet, workstation, server, smart tv, peranti simpanan elektronik, perisian pengurusan Teknologi Maklumat, dan lain-lain. Di samping itu, ia memberi perkhidmatan e-perniagaan untuk pengguna, perniagaan, kerajaan, dan lain-lain. Pada tahun 2013, Acer telah dianggap sebagai vendor PC keempat terbesar di seluruh dunia.

9. Samsung


Ia mula dikenali sebagai Samsung Group dan pada awal penubuhannya, ia telah bermula sebagai salah satu daripada firma jualan peralatan elektronik utama dunia. Firma ini dianggap sebagai jenama komputer terbaik di dunia dan merupakan syarikat multinasional Korea Selatan. Syarikat ini beribu pejabat di Samsung Town, Seoul.
Ia mempunyai pelbagai anak syarikat dan bersatu dibawah satu jenama Samsung yang mengabungkan pelbagai jenis perniagaan dan dianggap salah satu chaebol Korea Selatan yang paling besar.

10. Toshiba


Toshiba juga dirujuk sebagai Toshiba Corporation. Firma ini adalah syarikat elektronik dan konglomerat kejuruteraan multinasional Jepun. Ia beribu pejabat di Tokyo, Jepun. Produk-produk dan perkhidmatan dari firma ini terdiri daripada peranti elektronik, sistem komunikasi dan peralatan, sistem kuasa, bahan-bahan, sistem infrastruktur sosial dan industri, peralatan perubatan, peralatan pejabat, peralatan rumah, lampu, logistik, dan lain-lain.