ads

22 Mei 2012

Penerangan Tentang SEO

SEO adalah ringkasan kepada Search Engine Optimization. Kalau bahasa mudahnya , ialah cara mengoptimumkan apa yang anda buat di blog anda supaya boleh tersenarai di search engine seperti Google , Yahoo , MSN dll.


SEO boleh dikatakan satu proses halaman web supaya dapat dibaca dengan baik oleh search engine yang bersifat crawler (Google, Yahoo, MSN, dll). Proses SEO dapat melibatkan halaman web itu sendiri tapi kemungkinan melibatkan website lain.


Nak lagi mudah difahami , anda pernah search apa-apa di google tak? Mesti ada keyword yang anda guna untuk mencari sesuatu maklumat kan? Contohnya , "macamana nak buat blog". Lepas klik button search aje , berderet maklumat keluar di page tu kan? Kemungkinan ada antara mereka yang bermain dengan SEO ni.



Entri atau blog yang sentiasa terpapar di page depan Google , Yahoo , MSN dll ni selalunya akan dapat trafik free! Tu baru di page pertama. Belum di tangga teratas lagi. Tangga pertama.


Orang akan lebih cenderung untuk klik LINK yang teratas sekali. Semakin ramai yang cari keyword tu , semakin blog anda berada di page pertama Google , Yahoo , MSN dll , semakin banyaklah trafik kering yang anda dapat. Awesome kan?


SEO ni sebenarnya amat penting bagi mereka yang mengutamakan jumlah traffik yang tinggi, dan mereka-mereka yang mencari pendapatan sampingan dengan Blog atau Website ni. 


Untuk analisis SEO blog@web anda boleh ke sini. 

Hanya masukkan url anda dan tekan check.. 

psst: The Odairisme.Blogspot.Com SEO score is 48%.. hahahaha..