Terdapat dua kategori utama kamera digital iaitu Point and Shoot (PnS) dan Digital Single Lens Reflex (DSLR).
Kedua-duanya saling melengkapi dan berguna untuk situasi berbeza. Untuk kualiti, DSLR dipilih tetapi PnS lebih mudah dibawa.
Industri kamera digital sentiasa berubah. Setiap kategori meminjam ciri kategori yang lagi satu.
Megapixel bukan Segalanya
Satu salah tanggapan yang kerap didengar mengguna kamera digital ialah megapixel adalah penentu utama kualiti kamera.
Megapixel BUKAN segalanya. Walaupun PnS boleh mencapai 12 megapixel, bukan bermakna ia lebih baik dari DSLR dengan hanya 6 megapixel.
Kenapa ini berlaku ialah saiz sensor imej yang digunakan dalam PnS jauh lebih kecil dari sensor imej DSLR. Kadang-kadang bezanya hingga 25 kali. Ini bermakna setiap pixel dalam PnS terpaksa dikecilkan dan mengumpul jumlah photon yang sedikit. Jika kita mengambil gambar dalam keadaan kurang cahaya, imej menjadi lebih berbintik-bintik (terdapat 'hingar').
Untuk tujuan perbincangan, DSLR di sini dianggap kamera yang boleh menukar lensa. DSLR yang asal mempunyai cermin pantulan (reflex mirror) yang membolehkan kita melihat imej secara langsung. Apabila dipetik, cermin naik ke atas membolehkan sensor imej menangkap imej. Beberapa kamera hari ini yang menggunakan standard micro Four-Thirds membolehkan kita melihat imej menerusi lensa tetapi tidak mempunyai cermin, jadi bukan DSLR tulen.
Janganlah beli DSLR jika kita merancang untuk menggunakan dalam mod Automatic. DSLR adalah mahal yang membantu mengambil imej yang menakjubkan, tetapi hanya jika kita mempunyai masa dan kesabaran untuk belajar dan berkarya.
OK, ini 10 sebab kenapa kita patut beli DSLR.

- Kualiti imej -- DSLR dengan sensor lebih besar menghasilkan gambar yang kurang hingar. Dengan PnS, hingar akan kelihatan pada setiap setting ISO, malah pada setting terendah. Dengan DSLR, kita boleh menghasilkan gambar yang boleh tahan walau pun pada setting ISO yang tinggi.
- Kawalan kreatif -- DSLR mempunyai banyak setting yang boleh diubahsuai: kelajuan shutter, aperture, imbangan putih, ketajaman, kontras, sinkronisasi flash, dan banyak lagi... Pada DSLR mahal, terdapat banyak butang di hujung jari membolehkan kita menukar setting tanpa masuk ke menu.
- Aksesori -- DSLR boleh menggunakan pelbagai lensa dan akseori membolehkan banyak kemungkinan. Kebanyakan PnS hanya mempunyai zum optikal 3x, tetapi DSLR boleh dipasang dengan lensa sudut luas ke super telephoto bergantung keperluan dan bajet. Tambah lagi aksesori lain seperti flash, filter, remote control etc menjadikan DSLR sesuai untuk pelbagai situasi. Jangan lupa terdapat pelbagai tahap kualiti lensa, dan kualiti imej bergantung sangat kepada kualiti lensa.
- Pantas -- 'Shutter lag' ialah lengah antara masa memetik shutter dan masa imej sebenarnya dirakam. Dengan DSLR, boleh dikatakan tiada shutter lag.
- Kualiti Badan -- Kebanyakan PnS dibuat dari plastik, plastik dan lagi lagi plastik. Rasanya macam tak kukuh dan memang mudah pecah. DSLR dibina dengan standard lebih tinggi. Terdapat DSLR murah yang dibuat dengan plastik tetapi lebih tahan dari PnS yang berharga sama. DSLR berharga RM5000 mempunyai badan berteraskan logam (Nikon D300, Canon 40D, dsb). Badan profesional paling mahal adalah yang paling tahan lasak dan tahan air. Mana ada jurufoto perang menggunakan PnS?
- Viewfinder -- Ramai pengguna PnS menganggapnya suatu kelemahan apabila melihat imej melalui viewfinder sebelum memetik. Pada hakikatnya ini suatu kelebihan. Melihat gambar melalui viewfinder membolehkan kita melihat bahagian imej yang dalam fokus, tanpa silau pada LCD. Barulah WYSIWYG (what you see is what you get)!
- Bokeh yang cantik -- Disebabkan sensor imej lebih besar, depth-of-field lebih sempit. Ini membolehkan kita mengambil gambar dengan latar belakang yang kabur (bokeh) yang cantik.
- Ergonomik -- DSLR lebih besar dan ada tempat genggam tangan membolehkan kita memegang kamera pada tempoh yang lama dengan selesa. Kamera murah tempat genggamnya kecil.
- Tak jatuh harga -- DSLR amnya tak jatuh harga berbanding PnS. Model-model DSLR kurang diganti berbanding PnS.
- Lensa berkualiti -- Amnya lensa DSLR lebih baik berbanding lensa PnS. Lensa DSLR lebih besar, dan terdapat lebih kaca untuk meningkatkan kualiti. Belilah lensa terbaik yang termampu. Jika ada dana lebih, belilah lensa bukan badan DSLR. Lensa tahan lebih lama dan harganya kurang jatuh berbanding badan DSLR. Untuk menjimatkan kos, beli saja lensa terpakai dan layarilah lelaman jualbeli seperti FTZ, Mudah.my dan forum PhotoMalaysia.
Kelemahan DSLR:
- Mahal -- Walaupun harga DSLR murah menyamai PnS mahal, anda selalunya akan membeli lensa dan aksesori lain.
- Besar & berat -- Ada masanya PnS lebih sesuai kerana boleh dibawa dalam tas tangan atau dalam poket.
- Penyengaraan -- Habuk boleh masuk kamera setiap kali menukar lensa, dan DSLR lebih baik dihantar ke pusat servis untuk mencuci sensor secara profesional.
- Bising - PnS biasanya boleh mengambil gambar secara senyap-senyap.
- Kompleks -- DSLR direka untuk operasi manual maknanya kita perlu tahu fungsi setiap butang.
- Mungkin tiada Live LCD -- Dalam kebanyakan DSLR, viewfinder satu-satunya cara melihat imej. Ada DSLR yang menggunakan Live LCD tetapi selalunya pemfokusan tidak sepantas PnS.
credit to http://dslrku.blogspot.com
Cerita ini berdasarkan pengalaman shy bersama dengan kawan yang lain..
ketika sesi menangkap gambar.."eh,kau g r amik gambar tu ko kan ade DSLR"(padahal dalam beg ade camera sendiri tapi takut nak kuarkan..)
ade pon yang cakap cam ni "Kau kan dah ade DSLR sekarang mesti gambar-gambar kau cantik kan"...
Apa yang nak ditekankan kat sini ialah mentaliti terhadap PENGGUNA camera yang bagus bole tangkap gambar yang bagus semuanya tak benar langsung!!!!!.....serius tak benar!!!...
Persoalan: "Eleh kau shy,kau cakap tak benar abis tu kenapa kau beli
DSLR?baik kau pakai camera compact tak pon camera phone je...ce cite..ce cite............"
Ok,sebelum shy bercerita dengan lebih lanjut..jom kita tengok ape yang dimaksudkan dengan imej..perkataan imej datangnya dari perkataan imaginasi iaitu idea yang datangnya dari diri sendiri..
ape pula kamera??...kamera adalah satu alat yang digunakan untuk menangkap gambar yang datangnya dari idea imaginasi ini..sesuatu gambar yang baik adalah gambar yang bila kita tengok bole menangkap minat kita dan mempunyai penceritaan yang tertentu..
OK,daripada soalan tadi..kenapa orang pakai DSLR..
Daripada forum dan blog fotografi yang shy dah review, Apa yang otai-otai photographer ni tekankan ialah belajarlah macam mana nak compose, lighting n teknik-teknik fotografi dulu dan seeloknya belilah DSLR tahap beginner dahulu....
Tapi jawapan shy ialah ya sebab sekarang kan dah banyak tutorial di internet so senang nak belajar,join forum dan lain-lain lagi..tapi semakin bagus camera korang semakin lambatla nak mahir ..tapi tak mengapa,slow2..:) .Gunalah camera yang sedia ada untuk belajar tentang teknik-teknik ni dan semakin risau perasaan korang terhadap camera, semakin kurang masa yang korang ada untuk mempelajari cara dalam menghasilkan imej yang berkualiti...
Persoalan: " Camera compact tak ade add on yang bagus..macam mana nak belajar teknik fotografi"
Sebab tu shy cakap ya dan seeloknya bermulalah dengan camera beginner dahulu tapi kalau nak terus beli yang pro pon tak mengapa..join forum n outing..serius,cepat belajar...:)
Tapi,bila dah ade DSLR tu jangan la nak kerek,belagak sangat2...tahula korang ade DSLR kan...peristiwa ni tak la baru lagi tapi ni masa shy pegi tolong tangkap gambar tunang sedara perempuan.....nak dijadikan cerita yang belah lelaki ni pon bawalah photographer jugak..time tu shy pinjam camera kawan sebab camera shy tak la power sangat pon...........
tapi yang shy perasan photographer tu tak tegor shy langsung dan shy jugak la yang pegi approach dia tegur..Ok takpe ..........bukanlah shy nak cakap pape kan tapi kerja tu kerja jugak la tapi apa salahnya saling tegur-menegur lagipon kita ni buat kerja sama2..ermmm..
Serius,kalau seseorang photographer tu friendly banyak gambar-gambar yang menarik boleh di-capture..sebab subjek ataupon model kita tu akan rasa senang je dengan kita...betul, tak tipu punya....hehe
So, kesimpulannya sekarang buangkan lah mentaliti yang pengguna DSLR tu bagus sangat,. actually camera biasa pon bole tangkap gambar yang menarik jugak..bukanlah sesuatu gambar yang penting tapi memori dan penceritaan daripada sesuatu gambar tu yang menjadikan ia lebih menarik...

- sebab diorang nak memudahkan tugas dalam mengambil gambar. Biasenya DSLR mempunyai beberapa ciri2 dan add-on yang tertentu yang memudahkan photographer untuk capture gambar. Tambahan pula biasenye DSLR ni tahan lasak untuk pengguna yang selalu mengambil gambar....
Daripada forum dan blog fotografi yang shy dah review, Apa yang otai-otai photographer ni tekankan ialah belajarlah macam mana nak compose, lighting n teknik-teknik fotografi dulu dan seeloknya belilah DSLR tahap beginner dahulu....
Tapi jawapan shy ialah ya sebab sekarang kan dah banyak tutorial di internet so senang nak belajar,join forum dan lain-lain lagi..tapi semakin bagus camera korang semakin lambatla nak mahir ..tapi tak mengapa,slow2..:) .Gunalah camera yang sedia ada untuk belajar tentang teknik-teknik ni dan semakin risau perasaan korang terhadap camera, semakin kurang masa yang korang ada untuk mempelajari cara dalam menghasilkan imej yang berkualiti...
Kamera tak dapat mengambil gambar cantik tanpa photographer yang bagus
Sebab tu shy cakap ya dan seeloknya bermulalah dengan camera beginner dahulu tapi kalau nak terus beli yang pro pon tak mengapa..join forum n outing..serius,cepat belajar...:)
Tapi,bila dah ade DSLR tu jangan la nak kerek,belagak sangat2...tahula korang ade DSLR kan...peristiwa ni tak la baru lagi tapi ni masa shy pegi tolong tangkap gambar tunang sedara perempuan.....nak dijadikan cerita yang belah lelaki ni pon bawalah photographer jugak..time tu shy pinjam camera kawan sebab camera shy tak la power sangat pon...........
tapi yang shy perasan photographer tu tak tegor shy langsung dan shy jugak la yang pegi approach dia tegur..Ok takpe ..........bukanlah shy nak cakap pape kan tapi kerja tu kerja jugak la tapi apa salahnya saling tegur-menegur lagipon kita ni buat kerja sama2..ermmm..
Serius,kalau seseorang photographer tu friendly banyak gambar-gambar yang menarik boleh di-capture..sebab subjek ataupon model kita tu akan rasa senang je dengan kita...betul, tak tipu punya....hehe
So, kesimpulannya sekarang buangkan lah mentaliti yang pengguna DSLR tu bagus sangat,. actually camera biasa pon bole tangkap gambar yang menarik jugak..bukanlah sesuatu gambar yang penting tapi memori dan penceritaan daripada sesuatu gambar tu yang menjadikan ia lebih menarik...
credit to http://diaryshy.blogspot.com