ads

7 Julai 2018

Masalah Pendrive Error "You Need to Format the Disk Before You Can Use It"

Kadang-kadang error "You Need to Format the Disk Before You Can Use It" muncul selepas anda secara tidak sengaja mencabut pendrive anda tanpa menggunakan Safely Remove:



Anda perlu format cakera di drive X sebelum anda boleh menggunakannya. Adakah anda ingin format? ". Akibatnya, anda akan kehilangan data anda yang tersimpan di pendrive tersebut.

Antara punca terjadinya error tersebut ialah kerana anda seringkali secara tidak sengaja atau sengaja mencabut pendrive tersebut tanpa menggunakan Safely Remove.




1) Tekan serentak Win + R
2) Taip "cmd" dalam kotak Run dan Enter.
3) Taip "chkdsk o:/f" (jika pendrive tersebut Drive o:) dalam Command Prompt, boleh gantikan perkataan "O" jika bukan "O".


4) tekan Enter dan ia akan mula membaiki file yang rosak dan jika ditanya " if you want to save lost chains to another location". Taip sahaja "Y"
CHKDSK selalunya mengambil sedikit masa untuk membaiki error, jadi sila bersabar. Jika CHKDEK berjalan lancar dan selesai, pendrive anda akan kembali boleh digunakan seperti biasa.
Selamat mencuba..