ads

12 Oktober 2016

Samsung Malaysia Electronics Umumkan Penarikan Semula Galaxy Note 7



Hari ini  kurang dari dua bulan selepas Galaxy Note 7 dilancarkan, Samsung telah menamatkan penjualan produk ini. Ini berikutan prosedur penarikan balik produk ini berkenaan bahaya kebakaran dan peranti yang meletup.

Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd menggesa semua pemilik Samsung Galaxy Note7 untuk matikan peranti mereka dengan serta-merta. Selaras dengan itu, pilihan untuk pulangan wang atau pertukaran ke Galaxy S7edge akan disediakan bagi pemilik smartphone itu dengan syarat mereka mengembalikan Samsung Galaxy Note7 dengan sewajarnya.

Pemilik akan dihubungi bermula 13 Disember 2016 ini menerusi khidmat pelanggan Samsung, Syarikat Pembekal Telekomunikasi atau Rakan Runcit  mengenai butiran lanjut program pulangan wang atau pertukaran tersebut.

Sebelum mengembalikan Note7 Galaxy tersebut, pemilik disarankan back-up data mereka, buat factory reset untuk menghapuskan maklumat peribadi dan matikan peranti mereka.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Samsung Malaysia Careline di 1-800-88-7799.



Model canggih itu dijual di Malaysia dengan harga pengenalan sebanyak RM3,199 dan pengguna sudah mula membeli pada 19 Ogos lalu bahkan bagi pengguna yang membuat pesanan awal, mereka dapat membelinya menerusi potongan harga sebanyak 10 peratus.

Dalam pada itu saham Samsung merosot ke paras terendah dalam dua minggu ini.

Kerosakan pada alat premium terbaharu itu juga akan menjejaskan imej syarikat gergasi itu di Korea Selatan, yang meletakkan harapan tinggi terhadap Galaxy Note 7 bagi mengekalkan momentum keuntungan kukuh dalam penjualan alat mudah alihnya di pasaran global.