ads

14 Oktober 2016

Berhati - hati Jika Anda Mendapat Pendrive Percuma di Peti Surat Anda



Mungkin sebahagian besar pengunjung blog ini akan pesanan ini, tetapi jika tiba - tiba anda mendapat thumb drive misteri melalui pos, jangan gunakan selagi tidak mengetahui dari mana asalnya. Mungkin ia berisi virus ransomeware. Polis di Australia sedang menyiasat beberapa kes thumb drive yang dihantar melalui pos yang membawa ransomware.

Menurut pihak polis di bandar Pakenham, Australia  37 batu dari Melbourne, beberapa penduduk telah melaporkan thumb drive misteri yang muncul dalam peti surat mereka. Tiada setem atau alamat, hanya sampul surat yang dihantar tangan. Thumb drive adalah biasa, tetapi perisian yang ada di atasnya bijak menyamar.

Setelah memasang di komputer, pada mulanya pengadu nampak tawaran promosi Netflix atau perkhidmatan streaming lain. Dan sudah tentu, siapa yang tidak suka barangan percuma? Setelah di install ke komputer, ia tidak memberikan apa-apa hiburan percuma sama sekali. Sebaliknya, komputer itu telah dijangkiti dengan ransomware.



Ransomware telah menjadi satu ancaman yang berterusan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Virus digunakan untuk mencuri data dan menggunakan komputer anda untuk tujuan ugutan. Ransomware akan merosakkan fail yang disimpan pada komputer, kemudian menuntut bayaran Bitcoin untuk membaiki kembali fail yang rosak tersebut. Bitcoin adalah tidak dikawal selia dan dikesan (untraceable), pelaku menjadi amat sukar untuk ditangkap. Serangan ini telah digunakan terhadap ramai pengguna internet, tetapi penjenayah telah mula mensasarkan syarikat dan organisasi tertentu juga. Seseorang mungkin membayar beberapa ratus ringgit untuk mendapatkan kembali fail mereka, tetapi syarikat atau organisasi tertentu mungkin membayar lebih tinggi untuk mendapatkan kembali akses kepada data.

Kebanyakan  serangan ransomware melibatkan pemasangan perisian, tetapi pendekatan melalui peti surat ini kes yang baru. Namun, ia boleh menjadi berkesan. Orang yang tidak ambil kisah dengan thumb drive misteri ini  akan lebih cenderung untuk menggunakan thumb drive tersebut.