ads

17 Oktober 2016

Bagaimana Untuk Tahu Kata Laluan (Password) Di Sebalik Tanda Bintang *** (Asterisks)

Kebanyakan laman web memerlukan anda memasukkan kata laluan(password) anda untuk akses, authorize atau mengesahkan sesuatu urus niaga. Sewaktu anda menaip kata laluan ke dalam kotak input teks, kata laluan secara automatik bertukar menjadi tanda bintang (***). Ini adalah untuk melindungi kata laluan dari mata yang memandang.

Walau bagaimanapun, dalam situasi yang memerlukan anda tahu apa yang ada di sebalik tanda bintang tersebut, kami akan berkongsi satu trik mudah untuk mendedahkan kata laluan pada pelayar web anda.

Kata laluan yang tersembunyi ini disebagkan oleh HTML dan CSS. Dengan hanya menukar nilai sesuatu yang khusus akan mendedahkan apa yang ada di belakang tanda bintang tersebut. Kami akan menunjukkan kepada anda bagaimana ia dilakukan dalam Google Chrome.

Dalam mana-mana laman web yang mengandungi kata laluan yang disimpan, klik kanan pada kotak kata laluan dan klik pada Inspect element.


anda akan melihat bawah (atau kanan) skrin anda keluar kod. Anda hanya perlu fokus pada bahagian yang highlight biru untuk mendedahkan kata laluan.


Cari type='password' dan klik dua kali. Gantikan perkataan 'password' dengan 'text'.  Ia harus sekarang kelihatan type='text'.

Tekan ENTER.


Kata laluan di sebalik tanda bintang itu akan didedahkan.


Diharap perkongsian ini tidak disalahguna untuk melakukan kerja - kerja yang mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

Moga berjaya..!! Jika ada permasalahan sila tinggalkan pesanan di ruangan komen di bawah. Kami akan cuba membantu anda. 

sumber: HongKiat.com