ads

5 Oktober 2016

15 Tips Membuat Tempahan Hotel Secara Online



Membuat tempahan penginapan seperti hotel atau resort secara atas talian (online) adalah satu kemudahan yang wajar digunakan sepenuhnya jika anda ingin mencari penginapan sesuai sebelum bercuti mahupun urusan kerja. Namun, ramai juga yang masih ragu-ragu dan merasa tidak selamat membuat tempahan secara atas talian kerana wujudnya pelbagai jenis laman tempahan hotel (booking provider) di luar sana. Jadi, kebanyakannya lebih gemar memilih untuk ‘walk-in‘ atau tempah secara terus dengan hotel melalui telefon walaupun perbezaan harga kadang kala jauh lebih mahal dari tempah secara atas talian.

Berikut diberikan tips- tips membuat tempahan secara atas talian.
  • Seperti tambang kapal terbang, harga hotel juga turun dan naik. Tetapi tidak seperti tiket penerbangan, anda boleh (biasanya) membatalkan tempahan hotel dan menempah hotel yang lain - atau menempah hotel yang sama melalui laman web yang berbeza. Jadi anda boleh mencari tawaran yang lebih baik. Semak di beberapa laman web tempahan hotel atas talian (sekurang- kurangnya dua laman web) sebelum anda membuat tempahan.
  • Terus sahkan tempahan dengan hotel selepas membuat tempahan melalui laman web tempahan hotel atas talian (contohnya booking.com). Ini adalah mudah untuk dilakukan dan amat berbaloi. Kadang-kadang, anda akan mendapat bilik yang lebih baik jika anda telah menghubungi mereka. Sebagai contoh, jika anda menghantar e-mel mengatakan sesuatu seperti ini, "Saya baru sahaja menempah bilik hotel anda di Booking.com. Saya mahu untuk mengesahkan tempahan saya dan memastikan anda tidak perlu apa-apa maklumat lanjut. Kami sekeluarga seramai 5 orang benar-benar berharap semuanya akan berjalan dengan lancar. Terima kasih." Sekurang-kurangnya ia membolehkan kakitangan hotel tersebut tahu anda akan memerlukan ruang yang lebih besar. Mungkin ia tidak akan mengubah apa-apa tetapi kadang-kadang ia akan berhasil.
  • Jika anda tergolong dalam program hotel loyalty dan mahu untuk mendapatkan mata hotel tempahan terus melalui hotel anda masih boleh mendapat manfaat dengan menggunakan laman web rakan kongsi pihak ke-3. Hanya mencari tawaran untuk hotel pilihan anda kemudian menelefon hotel untuk mendapatkan tawaran yang sama di laman web tempahan atas talian tersebut. Kemungkinan hotel akan menawarkan anda harga yang sama di dalam bilik yang sama. (Walaupun tidak selalu, kerana bilik yang berdiskaun selalu telah ditetapkan unitnya.)
  • Apabila menempah hotel untuk keluarga 4 orang, keluarga 5 orang, atau keluarga 6 orang dengan tempahan dua bilik hotel selalunya akan lebih murah daripada tempahan satu bilik keluarga yang besar. Tetapi apabila anda menempah dua bilik hotel biasanya tidak akan menjamin bilik tersebut akan bersebelahan antara satu sama lain. Jadi mencari sebuah suite keluarga yang besar pada kadar yang baik menjadi pilihan yang lebih terbaik.
  • Cetak e-mel pengesahan anda (atau install aplikasi tempahan atas talian pada telefon anda) untuk ditunjukkan di kaunter penyambut tetamu. Walaupun tak semua hotel memerlukannya tetapi jika hotel ini tidak menerima maklumat tempahan anda, ini akan membantu.
  • Jika anda mencari hotel yang tertentu dan ia penuh pada tarikh yang anda perlukan, pastikan anda semak di laman web kedua atau ketiga ini hanya berkemungkinan peruntukan untuk laman web pertama sahaja bilik telah habis dijual, bukan keseluruhan hotel habis ditempah.
  • Risiko terbesar dengan tempahan melalui laman web tempahan hotel atas talian adalah scammed dengan perniagaan yang tidak sah (semua laman web yang saya senaraikan di sini mempunyai reputasi) . Risiko lain ialah hotel tersebut akan terlebih menerima tempahan dan anda anda akan mendapat e-mel beberapa minggu sebelum penginapan anda mengatakan bahawa bilik anda tidak boleh didapati. Ini adalah sangat jarang berlaku, tetapi ia mungkin berlaku. Dengan menghubungi hotel terus selepas anda membuat tempahan (saya menyebut ini dua kali kerana ia begitu penting) akan membuat senario ini mungkin tidak berlaku .
  • Jika anda menempah hotel yang tempahan tidak boleh dibatalkan (rujuk pada syarat- syarat hotel), pastikan tarikh masuk dan keluar betul sebelum anda membuat tempahan.
  • Semakin banyak butir-butir penting yang diminta daripada anda (contohnya permintaan bilik khas, katil bersaiz queen atau king, tab mandi, ruang untuk katil), semakin kurang sesuai laman web tempahan hotel atas talian tersebut dengan anda. Dengan kata lain, laman web tempahan hotel atas talian tersebut hanya menerima permintaan khusus anda apabila anda menempah, jadi pastikan untuk memasukkan segala keperluan atau pilihan anda apabila membuat tempahan (biasanya ada satu ruang untuk anda boleh menambah maklumat tambahan) yang diperlukan.
  • Hotel bajet adalah lebih baik untuk menempah secara terus dengan hotel.Biasanya mereka tidak akan disenaraikan dalam laman web tempahan hotel atas talian.
  • Agoda.com adalah antara laman web tempahan hotel atas talian yang menerima PayPal (jika itu penting untuk anda).
  • Jika tempahan apartment, tidak semua boleh dibayar menggunakan kad kredit. Selalunya pemunya apartment itu hanya menerima wang tunai.
  • Emel terus hotel sehari sebelum ketibaan (tidak kira bagaimana anda tempah). Jika anda menunjukkan anda mengambil berat mengenai tempahan anda, hotel tersebut juga akan berbuat demikian.
Antara laman web tempahan hotel atas talian (online) yang popular ialah:

Booking.com






Save on your hotel - www.hotelscombined.com









SUMBER