ads

20 September 2016

Trojan Android Marcher Yang Mampu Mencuri Password Facebook, Gmail dan WhatsApp Anda




Ancaman malware terus menghantui para pengguna telefon pintar Android. Bahkan kini dijumpai malware bernama Marcher yang terbukti boleh mencuri password pelbagai jenis akaun, mulai dari akaun Facebook, WhatsApp, Gmail ataupun Instagram. 

Sebelum ini kami ada bercerita bagaimana penggodam (hacker) mencuri akaun facebook anda. Boleh baca di entry: 15 Cara Hacker Menggodam Facebook Anda

Malware ini sebenarnya bukanlah virus trojan baru. Kewujudan Marcher sudah diketahui sejak tahun 2013. Pada masa itu aplikasi ini boleh menipu pengguna telefon pintar dengan memaparkan skrin palsu semasa menjalankan aplikasi Google Play Store.



Pada tahun 2014, malware Marcher ini mempunyai kemampuan yang lebih canggih. Ia banyak menjalankan aktiviti phising terhadap institusi kewangan di Australia, Perancis, Jerman, Turki dan Amerika Syarikat.

Dan baru-baru ini, firma keselamatan Zscaler mendedahkan keupayaan baru yang dimiliki oleh malware Marcher. Zscaler mendedahkan pada masa ini pencipta Marcher telah mengalihkan sasarannya kepada para pengguna aplikasi Android pula. 



Marcher menurut maklumat dari Softpedia, kini mempunyai keupayaan untuk mengumpul data-data penting dengan menggunakan skrin login palsu. Marcher juga boleh memaparkan skrin login palsu pelbagai aplikasi popular di antaranya adalah WhatsApp, Viber, Skype, Facebook, Facebook Messenger, Intagram, Twitter, Gmail, Line, UC Browser, Chrome serta Play Store. 

Zscaler mendedahkan, penyebaran aplikasi ini dilakukan dengan menggunakan domain tak rasmi milik Google. Mereka melakukannya dengan menyediakan update security palsu untuk pemilik telefon pintar Android. Oleh kerana itu, Zscaler menasihatkan pemilik telefon pintar untuk tidak memasang aplikasi dari luar Google Play Store.



Related Posts:

  • AWARD BIOS beep codes1 long, 2 shortIndicates a video error has occurred and the BIOS cannot initialize the video screen to display any additional informationAny other beep(s)RAM problem.… Read More
  • AMI BIOS beep codes1 short ~ DRAM refresh failure2 short ~ Parity circuit failure3 short ~ Base 64K RAM failure4 short ~ System timer failure5 short ~ Process failure6 short ~ Keyboard controller Gate A20 error7 short ~ Virtual mode exception e… Read More
  • IP AddressAlamat IP (Internet Protocol address) adalah suatu nombor unik yang digunakan oleh peranti sebagai pengenalan dan untuk berkomunikasi antara satu sama lain di dalam satu rangkaian komputer yang menggunakan piawaian Protokol I… Read More
  • Phoenix BIOS beep codes1-1-1-3Verify Real Mode.1-1-2-1Get CPU type.1-1-2-3Initialize system hardware.1-1-3-1Initialize chipset registers with initial POST values.1-1-3-2Set in POST flag.1-1-3-3Initialize CPU registers.1-1-4-1Initialize cache to ini… Read More
  • IBM BIOS beep codesNo BeepsNo Power, Loose Card, or Short.1 Short BeepNormal POST, computer is ok. No problem2 Short BeepPOST error, review screen for error code.See screenContinuous BeepNo Power, Loose Card, or Short.Repeating Short BeepNo Pow… Read More