ads

30 September 2016

Tips Mengatasi Boot Up / Loading Laptop atau Komputer yang Lambat



Dalam entry ini, kami ingin berkongsi kepada para pembaca tentang tips mengatasi boot up komputer yang lambat. Semoga dapat membantu mengatasi masalah pada laptop / komputer anda. 
Perlu diketahui bahawa tips ini tidak tergunapakai jika lambatnya boot up komputer anda disebabkan virus atau seumpamanya atau kerana kerosakan perkakasan. Ini kerana untuk menanganinya, pasti dilakukan dengan cara yang berbeza mengikut jenis masalah masing-masing.

Sebahagian besar faktor yang menyebabkan boot up komputer menjadi perlahan disebabkan banyak fail sampah yang tidak digunakan terkumpul dalam sistem. Jadi untuk meyelesaikannya adalah untuk membersihkan fail sampah untuk membantu mengurangkan ruang yang digunakan oleh sistem. Disamakan dengan manusia, jika anda berada dalam bilik yang sesak dan dipenuhi dengan pelbagai peralatan yang tidak berguna di sekitarnya akan berasa rimas, ia juga boleh menyebabkan kita sakit. Begitu juga, laptop yang kita gunakan setiap hari. Yang menjadi persoalannya ialah bagaimana kita membersihkannya? 

Berikut adalah apa yang boleh dilakukan:

Memadamkan Temporary File

Temporary file adalah file-file yang hanya sementara dan akan berlebihan seiring dengan perjalanan masa dan penggunaan komputer. Sebaik-baiknya temporary file terus terhapus apabila suatu program dihentikan, namun ada sebahagian program yang menyimpan temporary fail tersebut kerana suatu masalah sehingga tidak dapat terhapus. Lama kelamaan temporary file ini akan terkumpul dan bertambah besar  dan menyebabkan boot up komputer anda menjadi lembab. Berikut ini cara cepat memadamnya:
  1. Klik start pada butang windows sebelah kiri bawah skrin anda;
  2. Pada butang carian atau search, taipkan % temp% lalu enter, setelah itu akan muncul windows yang mengandungi temporary file.
  3. Padam semua fail tersebut dengan cara tekan Ctrl + A lalu Shift + Delete;
  4. Jika muncul amaran, tekan saja continue lalu OK.
  5. Jika ada fail yang tidak boleh dipadamkan, tekan Skip, maka fail yang tidak boleh dipadamkan akan tetap berada pada folder tersebut dan fail lain akan terhapus.

Melakukan Disk Clean Up pada system C

Cara ini hampir sama dengan cara pertama di atas, tetapi cara ini melakukan pembersihan yang lebih kompleks, yang pasti ia akan menghapuskan fail sampah yang tidak terlalu penting.
Cara untuk melakukan clean up system C adalah sebagai berikut:
  1. Klik My Computer; klik kanan pada Local Disk (C), klik property; 
  2. Pada windows yang muncul, klik Disk Cleanup, tunggu proses cleanup selesai;
  3. Setelah proses selesai akan muncul windows baru, tekan butang Cleanup system file, maka proses akan berjalan;
  4. Jika muncul peringatan User Account Control, tekan yes dan proses akan berjalan, tunggu hingga Preses selesai sehingga akan muncul perintah tekan OK dan lanjut tekan butang delete tersebut dan proses penghapusan pun berjalan.
  5. Setelah siap, refresh laptop anda.

Menyusun Folder dan Memadam Fail yang tidak digunakan

Cara ini yang banyak diabaikan oleh sebahagian besar pengguna laptop atau komputer. Padahal jika kita melaksanakan dengan betul dan rapi dapat membantu membaiki cara kerja dan boot up komputer kita. Kerana dengan banyaknya file yang telah bertahun-tahun terkumpul maka tidak disedari telah terdapat banyak file yang sudah  tidak terpakai lagi, bahkan tanpa kita sedari, ada sebahagian fail yang sudah rosak namun masih tersimpan di dalam folder kita dan ini cukup untuk melembabkan komputer  kita.
Tips yang dapat kami berikan adalah sebagai berikut:
  1. Susun folder anda berdasarkan jenis fail, contohnya, jika fail video simpan pada folder khusus video, jika fail foto simpan khusus pada fail foto dan seterusnya.
  2. Proses penamaan folder dan fail juga perlu disesuaikan mengikut keperluan agar memudahkan dalam pencarian;
  3. Semak fail-fail anda, jika anda merasa bahawa fail tersebut tidak digunakan lagi, atau tidak boleh lagi terbuka, segera keluarkan. (Nota: Padam secara kekal (shift + delete) agar tidak tersimpan lagi di tempat sampah (recycle bin) atau boleh dihapuskan biasa saja, seterusnya baru mencari folder tempat penyimpanan sampah tersebut lalu lakukan penghapusan kekal);
  4. Refresh laptop anda.

Terlalu Banyak Aplikasi di Start Up


MSCONFIG adalah permasalahan tool yang boleh digunakan untuk "disable"kan software / driver dari boot up, dan boleh membantu anda menyelesaikan masalah.

Cara untuk melakukannya:
  1. Klik start pada butang windows sebelah kiri bawah skrin anda;
  2. Pada butang carian atau search, taipkan msconfig dan enter, setelah itu akan muncul aplikasi System Configuration Utility.
  3. Klik pada tab Startup
  4. Untick aplikasi yang tidak sepatutnya sewaktu boot up windows.
  5. Setelah siap, klik Apply dan OK.
  6. Restart komputer anda.














Dari semua cara tersebut diatas, jika anda melakukannya dengan teliti dan tidak ada faktor lain penyebab lambatnya boot up komputer anda, maka boot up komputer anda akan lebih cepat daripada sebelumnya.
Semoga dapat manfaat.