Antara alat yang perlu ada ialah laptop dengan sambungan USB atau lebih baik mempunyai sebuah desktop pc lengkap dengan serial port RS232 (9 pin serial port).
Namun pastikan kabel tersebut merupakan kabel yang betul untuk reflash sebab ada dua jenis kabel RS232 iaitu jenis straight dan juga cross over (untuk tahu perbezaannya sila Google). Pastikan jenis crossover sebab hanya kabel itu sahaja yang boleh digunakan. Pergi ke lowyat dan pergi ke kedai yang jual aksesori computer (kedai nama Sri Computers SDN BHD), cari sendiri kabel itu dan tgk ada di kotak tertulis straight cable atau null modem iaitu crossover. Jangan tersilap membeli straight cable sebab kadang kala sudah tercampur antara dua jenis kabel itu dalam satu kotak yang sama.
Untuk penggunaan USB, pastikan anda mempunyai USB to 9 pin Converter ( beli di kedai yang sama)
Proses bermula dengan memuat turun firmware dan juga erom.
Firmare : file dalam format (.abs)
- Buka file erom tadi dan klik pada icon yang ada
- Sambung null modem kabel dengan skybox kepada serial port (pc) atau sambungan pada USB jika menggunakan USB to RS232 converter. Pastikan driver untuk USB to RS232 converter telah di install.
- Pilih port berdasarkan sambungan USB kita (untuk tahu port mana, right klik pada my computer , klik manage dan pilih device manager. Akan tertera ‘port’
- Kemudian tekan browse dan pilih file (.abs) yang telah dimuat turun.
- Jangan on kan lagi skybox anda
- Tick kan pada ‘include bootloader’
- Tekan next dan tunggu sehingga lepas 10 saat baru on kan skybox
- Ikut sahaja turutan arahan sehingga selesai.
- Cabut skybox dan pasang pada tv. Jangan lupa tambah channel
credit to: http://skyboxiptv.blogspot.my/