Kepada sesiapa yang memiliki penghawa dingin di rumah selalunya akan memanggil pihak ketiga untuk menjalankan rutin penyelenggaraan. Caj atau kos yang ditanggung selalunya sekitar RM100 - RM200.
Tetapi hakikatnya semua ini kita boleh lakukan secara sendiri (DIY). Salah satu cara untuk menjimatkan duit poket di samping belajar sesuatu yang baru. Bagi pemiliki penghawa dingin yang moden, selalunya gas penyejuk boleh bertahan hampir tiga tahun tanpa memerlukan pengisian semula. Jadi, apabila penghawa dingin sudah menunjukkan kekurangan dari segi efisien ianya bekerja, kemungkinan besar terdapat banyak kekotoran yang melekat atau "hinggap" pada bahagian tertentu.
Untuk bahagian yang paling penting perlu dicuci adalah pemampat udara atau compressor penghawa dingin. Kita boleh gunakan pancutan air berkuasa tinggi atau gunakan berus sabut (yang macam berduri-duri) atau berus gigi. Jangan guna berus yang sangat keras dan kasar kerana pigmen aluminium kompresor mungkin boleh bengkok dan menutup terus ruang aliran udara.
Pertama sekali kita cuci dibahagian belakang compressor dari atas kemudian turun ke bawah. Jangan berus atau tembak air secara melintang (kiri ke kanan) kerana sirip aliminium akan bengkok.
Teruskan mencuci pada bahagian lain-lain yang mempunyai sirip aluminium tersebut. Tahap kebersihan yang dianggap sesuai adalah kita boleh melihat kipas atau pandangan tersebut tembus. Sekiranya belum boleh nampak bermakna masih terdapat kekotoran yang melekat di situ. Tembak dengan pancutan air berkuasa tinggi.
Kebiasaannya compressor yang moden membenarkan kita membuka jaring di bahagian hadapan. Bukaan jaring memudahkan untuk pancutan air ditembak dari arah dalam ke luar compressor. Cucian boleh dilakukan dengan lebih cepat. Tidak perlu risau kerana motor kompresor dilindungi dengan bekas kedap air termasuk ke seluruhan badan compressor penghawa dingin, semuanya boleh ditembak dengan pancutan air.
Bahagian ini mengandungi alatan elektronik yang mengesan ketumpatan gas dan suhu untuk mengawal kelajuan pusingan kipas kompresor. Jadi pastikan kita tidak menembak air pada bahagian ini. Jika perlu untuk bersihkan juga, hanya gunakan aliran air yang biasa sahaja.
Selepas semuanya selesai, kompresor dengan wajah yang lebih bersih tampil untuk berkhidmat.
Tada! Dah siap. Lepas sahaja dicuci, saya cuba jalankan penghawa dingin dan ternyata, kesejukan yang dihembuskan lebih cepat, kurang tenaga digunakan dan sememangnya sejuk seperti pertama kali ianya dibeli.
Selamat mencuba