ads

19 Mei 2011

BAGAIMANA GPS BERFUNGSI


satellite

GPS atau Global Positioning System adalah sistem penunjuk arah bersatelit (satellite-based navigation), merupakan rangkaian satelit 24 jam yang beredar di orbit yang dilancarkan oleh Kementerian Pertahanan Amerika. Tujuan asal GPS ialah untuk kegunaan ketenteraan pada era 80an, tetapi hari ini kegunaannya dibuka kepada orang awam. GPS berfungsi dalam apa jua keadaan cuaca, dimana-mana sahaja di dunia ini dan berfungsi 24 jam sehari. Tidak ada sebarang cas dikenakan terhadap penggunaan GPS.


GPS Screens

GPS untuk kenderaan telah direkacipta untuk kemudahan pemandu-pemandu kereta mencari arah dan tempat yang dituju. Sistem mencari arah kenderaan menggunakan GPS adalah untuk memperolehi data supaya dapat menentukan kedudukan pengguna atau pemandu pada peta elektronik. GPS akan memberi arahan ke lokasi lain yang ditunjukkan dalam peta elektronik tersebut.



Bagaimana GPS berfungsi ? Satelit GPS beredar mengelilingi bumi dua kali sehari dalam orbit yang tepat dan memancarkan isyarat maklumat ke bumi. Penerima GPS mengambil maklumat ini dan mengira kedudukan tepat pengguna GPS berdasarkan kedudukan latitut dan longitut.

Satellite Diagram

Pada dasarnya, penerima GPS membandingkan masa isyarat dihantar oleh satelit dengan masa isyarat diterima. Perbezaan masa menerangkan kepada penerima GPS berapa jauh kedudukan satelit. Oleh itu, dengan ukuran jarak daripada beberapa satelit lagi, penerima GPS boleh menentukan kedudukan pengguna GPS dan mempamerkan kedudukan pengguna pada peta elektronik.

Penerima GPS mesti memasang pengesan isyarat dari sekurang-kurangnya tiga satelit untuk mengira posisi 2D (latitut dan longitut) dan landasan pergerakan. Dengan tiga atau empat satelit, penerima isyarat boleh menentukan posisi 3D pengguna (latitut, longitut dan altitut). Apabila kedudukan pengguna ditentukan, unit GPS dapat memberi maklumat yang lain seperti kelajuan, bearing, landasan, jarak perjalanan, jarak destinasi, masa matahari terbit dan terbenam dan pelbagai maklumat yang lain.

Related Posts:

  • ICON DESKTOP BERTUKAR MENJADI ICON INTERNET EXPLORER 1.go to start menu. 2.run command 3.regedit in run command. 4.HKEY_CURRENT_USER\\software\microsoft\windows\currentvershion\explorer\FileExts\ 5.search for .lnk ext. 6.delete hole .lnk key or delete… Read More
  • CB RADIO (Citizen Band) DI MALAYSIA Radio Jalur Rakyat (citizen band, CB) merupakan penyiaran tanpa lesen yang disiarkan melalui frekuensi yang ditetapkan khusus untuk kegunaan ini. Frekuensi yang dibenarkan adalah 27MHz bagi pancaran HF dan 477MHz bagi panca… Read More
  • 10 Cara Meningkatkan Trafik di Blog AndaMemang mudah untuk membina sebuah blog, tetapi sukar untuk sebuah blog yang berjaya dengan trafik yang tinggi. Ada rahsia untuk meningkatkan trafik blog dan memandangkan kami telah terjumpa beberapa ilmu ini dan untuk membala… Read More
  • 786 Di Kedai Mamak.. Apa Maksudnya.. Setelah di google.. ni yg aku dapat.. erm...apa kata kita jadikan gambarajah disebelah sebagai rujukan... apabila perkataan bismillahir-Rahmanir-Rahim ini dijumlahkan maka jawapannnya ad… Read More
  • Isyarat Tangan Semasa Konvoi Bermotorsikal Handsign / Isyarat tangan... Memandangkan suasana konvoi yang bising dengan deruan angin, enjin dan ekzos.. komunikasi jerit menjerit memang tak sesuai ketika berkonvoi. Oleh itu isyarat tangan digunakan...  dan isyar… Read More