Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ, terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri-ciri, kestabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:-
1- Pemasangan air spoiler di bahagian hadapan dan belakang.
2-Pemasangan side skirt, aerofoil dan door visor pada kereta.
3-Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
4-Pengubahsuaian kecil pada radiator grilles, bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu-lampu.
5- Pengubahsuaian kecil pada radiator grilles, bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu-lampu.
6-Pengubahsuaian kecil dan melebarkan tyre wings atau mudguard.
7-Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
8-Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
9-Pemasangan para bumbung.
10-Pemasangan sun roof di atas bumbung.
11-Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
12-Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada.
13-Pemasangan pengadang angin, penutup lampu fibreglass dan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal di mana aksesori-aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.
Nota: Senarai yang telah dinyatakan di atas akan dikemaskini dari masa ke semasa
Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988.
Contohnya:-
Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
-
-Sekiranya door visor dipasang, ianya tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi.
-
Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ianya mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflaps.
-
Sekiranya protecting guards dipasang, ianya tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan. Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm. Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.
-Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang, lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan.
-Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.
-Sekiranya para bumbung dipasang, ianya tidak boleh melebihi panjang bumbung, atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teratas para bumbung.
Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan
-Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
-Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.
-Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
-Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.
-Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.
Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.
Senarai di atas boleh diubah dari masa ke semasa.
27 Julai 2010
Home »
» Pengubahsuaian kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan yang dibenarkan tanpa perlu mendapat kebenaran JPJ
Pengubahsuaian kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan yang dibenarkan tanpa perlu mendapat kebenaran JPJ
By Odai Julai 27, 2010
Related Posts:
Apa itu VPN (Virtual Private Network)Yang dimaksud dengan VPN atau Virtual Private Network adalah suatu jaringan private yang mempergunakan sarana jaringan komunikasi publik (dalam hal ini Internet) dengan memakai tunnelling protocol dan prosedur pengamanan. Den… Read More
InternetworkingRequirements of InternetworkingThe overall requirements for an internetworking facility are as follows: 1.Provide a link between networks. At minimum, a physical and link control connection is needed. 2. Provide for the routi… Read More
Beep Code Tiada bunyi beep dan tiada paparan pada skrin-bekalan kuasa Bunyi beep berterusan-bekalan kuasa Satu bunyi beep panjang diikuti dengan satu beep pendek-papanutama Satu bunyi beep panjang diikuti dengan dua beep pende… Read More
How to Disable, Remove or Hide IE8 Search BoxIE8 (Internet Explorer 8) has a built-in search box or search bar that allows various search providers, such as Windows Live Search (now Bing), Google, Yahoo!, Ask.com and others to be added and used to search the web for inf… Read More
Tips & Trick Address Bar di IE1. Menghapus jejak browsingCaranya:Klik menu Tools. Klik Internet Options. Klik tombol “Clear History”. Pada jendela yang muncul, klik Yes. Klik OK untuk menutup jendela Internet Options. Perlu dicatat, pengaturan ini tidak a… Read More