ads

25 Mac 2010

BAIKI KIPAS BERPUSING PERLAHAN


Kadang-kadang kipas siling, kipas meja, kipas dinding atau exhaust fan di rumah kita menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum. Mengapakah ini berlaku ? Adakah ia boleh dibaiki ?

Perkara ini berlaku disebabkan kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut. Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Gambar 1 di bawah menunjukkan bentuk biasa kapasitor yang terdapat pada motor kipas manakala Gambar 2 menunjukkan lokasi kapasitor pada kipas siling.


Gambar 1: Bentuk biasa kapasitor kipas

Gambar 2: Lokasi kapasitor kipas siling

Nilai kapasitor yang biasa digunakan pada kipas siling atau kipas meja di rumah adalah sekitar 2uF. Kapasitor yang berkualiti rendah biasanya nilai Farad akan berkurangan setiap tahun. Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru. 

Anda dinasihatkan supaya menggantikan kapasitor tersebut dengan nilai Farad yang sama dengan nilai Farad kapasitor yang asal. Menggunakan kapasitor yang mempunyai nilai Farad yang lebih tinggi akan menyebabkan kipas berpusing lebih laju, motor menjadi lebih panas dan ini boleh merosakkan gelung dalam motor kipas tersebut. Pastikan kapasitor tersebut mempunyai label voltan lebih dari 300VAC.

Pastikan juga anda menutup suis utama pada papan agihan elektrik semasa membuat kerja penggantian kapasitor kipas. Ini adalah untuk keselamatan.

KREDIT TO http://zon152.blogspot.my/

Related Posts:

  • Tips mengenai aircond keretaSistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluar… Read More
  • Tips penjagaan gearboxApabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service … Read More
  • Cara nak tau kod Check Engine HONDAstep 1 Find Your Vehicle's Diagnostic PlugThe first step is to find your vehicles diagnostic plug. The one in my car was a small blue plug that was bundled together with another factory plug beneath my glove box on the pas… Read More
  • Tips mengenai sistem brek kereta (drum dan disk)Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.Nasihat saya kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka … Read More
  • Di Sebalik Coke yg BRRRRRRRR.."Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola. Di dalam kebanyakan nege… Read More