ads

29 Oktober 2009

Panduan Kepada Pengantin di Negeri Kedah

Panduan Kepada Pengantin Perempuan
Isikan borang 2 dan borang simpi berwarna kuning (boleh menggunakan tulisan rumi).

Untuk mendapat pengesahan Imam, sila kemukakan dokumen-dokumen / perkara-perkara berikut :
- Kad Pengenalan (asal dan salinan)
- Kad Pengenalan wali (asal dan salinan) - bagi pemohon perempuan sahaja
- Sijil kursus kahwin (asal dan salinan)
- Sekiranya pengantin perempuan ;
i) Seorang balu, sertakan salinan surat mati suami
ii) Seorang janda, sertakan salinan surat cerai

Panduan Kepada Pengantin Lelaki
Isikan borang 1 dan 2.
Untuk mendapat pengesahan Imam, sila kemukakan dokumen-dokumen / perkara-perkara berikut :
- Kad Pengenalan (asal dan salinan)
- Sijil kursus kahwin (asal dan salinan)
- Sekiranya pengantin lelaki seorang duda, sertakan salinan surat mati isteri / surat
cerai

Peringatan
Anak kariah yang tinggal diluar kariah hendaklah menggunakan alamat dalam kariah ketika mengisi borang.
Mereka yang tinggal dalam kariah sebelum genap tempoh 6 bulan tidak layak mendapat pengesahan Imam.
Hanya borang yang lengkap diisi dan disertakan dokumen-dokumen berkaitan akan dibuat pengesahan.
Hantar / ambil borang pada waktu sembahyang di masjid.
Majlis akad nikah HANYA akan di adakan di masjid.
Sila berunding dengan tuan Imam untuk urusan penetapan tarikh dan masa akad nikah.
Pengantin perempuan (berpakaian menutup aurat) dan wali dikehendaki ke masjid pada masa akad nikah berlangsung.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Agama Daerah yang berhampiran (bagi Negeri Kedah sahaja).

Related Posts:

  • ''Malam Pertama Kita''Satu hal sebagai bahan renungan Kita...Tuk merenungkan indahnya malam pertamaTapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semataBukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan HawaJusteru malam pertama perkawinan kita dengan Sang… Read More
  • Sapa berani menyahut cabaran?! Lkaih download..nak donlot?? ambik kat sini: www.odaiwolfygdicurik.com @ http://www.spawnpoint.com/downloadFile/4336Wolf Team is a fast paced 3D MMOFPS that features the ability for players to switch between playing as a Human or as a Werewo… Read More
  • Jari TelunjukDalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun… Read More
  • Pantang LarangPantang Larang Wanita Hamil1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir … Read More
  • Aktiviti TerbaruMemulakan kembali Projek Agro di halaman rumah.. Rakan2 yg ingin membantu dijemput ke rumah.. Pelopor utama ialah En. Fauzan.. Setelah berjaya di Farm Ville dgn jayanya, beliau akan mempraktikkan segala ilmu yg dipelajari di … Read More