Hak milik merupakan satu element penting dalam pembuatan mana-mana produk. Bila kita sebut produk, ianya termasuk entri-entri yang kita hasilkan di website dan blog . Oleh itu, ada di antara kita yang menggunakan plugin right click disable. Huhu. Asalnya tak nak suruh orang copy atau copet apa-apa gambar yang ada dalam website . Aku sendiri pun pernah guna cara tu dulu tapi tak lama lepas aku tahu keburukan benda tu terus aku buang. Hehe . Kod tu banyak menggunakan java script dan pastinya melambatkan loading website aku . Tak ada idea aku kenapa nak pakai benda tu sebab bagi aku, kalau setakat nak copy entri tu masih aku boleh terima asalkan bagi kredit untuk website yang korang copy. So, apa susah-susahkan diri ye tak ?
Apa-apa pun, korang pelajari sendiri cara yang aku senaraikan ni untuk tatapan korang bila berhadapan dengan kes macam tu. Ingat ! Copy mesti bagi kredit ye.
Caranya ialah korang perlu tekan mana-mana page yang ada di website tu. Misalnya di About Me. Lepas tu, tekan balik page Home . Korang akan perhatikan ada beberapa detik loading dalam website tu akan tergendala. Masa tu, terus highlight mana-mana entri yang korang nak di website tu. Copy anda paste pasti berjaya . Teknik ini adalah teknik pertama .
Cara keduanya ialah korang hanya perlu ulang langkah tadi . Tapi kali ini korang hanya perlu secara cepat menekan butang kanan di mouse secepat boleh bila page loading. Tekan view source . Korang akan dapat semua code html yang diguna dalam website aku . Cari bahagian mana yang korang nak copy tadi. Siap.
Cara ketiga ialah korang hanya perlu save page tu . Lepas save, buka files tu dan edit. Mudah lagi kan.
Bukan mudah kan nak copy sesuatu dari website yang tak dapat dicopy. Terlalu mudah . Tapi, masih releven ka benda tu ?
27 Oktober 2009
Cara nak copy sesuatu dari website yang enable “right click disable”
By Odai Oktober 27, 2009
Related Posts:
Bagaimana Untuk Mengetahui Siapa Yang Menggunakan Wi-Fi Kita Cara mudah mengetahui siapa saja yang menggunakan wifi kita atau wifi di tempat umum seperti hotel dan lain - lain. Pada masa kini, sudah banyak aplikasi ip scanner berasaskan Android dan iOS. Salah satu yang… Read More
Berhati - hati Jika Anda Mendapat Pendrive Percuma di Peti Surat Anda Mungkin sebahagian besar pengunjung blog ini akan pesanan ini, tetapi jika tiba - tiba anda mendapat thumb drive misteri melalui pos, jangan gunakan selagi tidak mengetahui dari mana asalnya. Mungkin ia berisi vir… Read More
Masalah MSVBVM50.dll is missing MSVBVM50.dll dikaitkan dengan Visual Basic Virtual Machine dan program Visual Basic, ia telah dibangunkan oleh Microsoft Corporation. MSVBVM50.dll missing biasanya disebabkan dua program berkongsi fail .dll yang s… Read More
Bagaimana Untuk Menukar Nama Wifi Streamyx dan Kata Laluan Anda Kali ini kami ingin berkongsi satu tutorial untuk menukar nama dan password WiFi Streamyx anda. Kami rasa majoriti pengguna Streamyx tidak tahu cara untuk menukar nama dan password WiFi Streamyx ini. Jad… Read More
Masalah Semua File Bertukar ke .CHK di Pendrive Situasi ini banyak terjadi disebabkan shutdown komputer yang tidak sempurna atau Pendrive dicabut terlalu cepat. Apabila dibuka kembali, pendrive tiba-tiba kosong.. tidak ada data yang tinggal. Apabila dilihat d… Read More