ads

25 Jun 2012

786 Di Kedai Mamak.. Apa Maksudnya..



Setelah di google.. ni yg aku dapat..


erm...apa kata kita jadikan gambarajah disebelah sebagai rujukan...






apabila perkataan bismillahir-Rahmanir-Rahim ini dijumlahkan maka jawapannnya adalah 786..

sama-sama kita mengiranya...

2+60+40+1+30+30+5+1+30+200+8+40+50+1+30+200+8+10+40 = 786

tak paham lg.. ?? tengok ni plak

    



786 sangat popular di India dan juga Pakistan dalam penulisan surat dan dijadikan ganti kepada bismillah kerana ingin menjaga kesuciannya...


786 adalah jumlah nilai nombor-nombor yang mewakili setiap huruful hijaiyah yang terdapat dalam ayat Basmalah.

Lebih tepat 786 adalah simbol atau angka penunjuk kepada Basmalah tetapi ianya sendiri bukanlah ayat Basmalah sehingga mana penggunaannya tidak menyebabkan ayat Basmalah itu tercemar.

Cuba bayangkan ayat Basmalah yang ditampal di skrin belakang kereta dan apabila ianya tertimpa najis burung, adakah pemilik kereta akan bersegera mencuci najis burung itu sebagai menjaga kehormatan ayat Basmalah itu? Sekiranya skrin belakang kereta itu pecah, adakah pemilik kereta itu akan mempastikan plastik yang bertulis ayat Basmalah itu dilayani secara syar'i dengan sewajarnya? Bagaimana pula sekiranya pemilik kereta itu menjual keretanya kepada Used Car, adakah dia terlebih dahulu akan mempastikan ayat Basmalah berkenaan terselamat dari sebarang kemungkinan yang menyebabkan ianya tercemar?

Ulama' terdahulu telah mengambil kira perkara-perkara seperti ini lalu seorang ulama' bernama Nasr Bin ‘Asim ‘al Laythiy telah merumus suatu formula memberi nilai ke atas setiap huruful hijaiyah. Dan penjumlahan nilai setiap huruf dalam sesuatu ayat atau perkataan hanyalah berperanan sebagai angka penunjuk kepada ayat atau perkataan berkenaan tetapi ianya bukanlah ayat atau perkataan itu sendiri yang sebenar.

Oleh sebab itu 786 adalah tetap "tujuh lapan enam" dan "tujuh lapan enam" bukanlah ayat Basmalah tetapi "tujuh lapan enam" itu menjadi angka penunjuk kepada adanya ayat Basmalah dan ayat Basmalah memiliki fadhail yang besar. Sebagai tamsil, sebilah keris hanyalah komponen besi dan kayu, tetapi sebilah keris yang ditempa khas untuk menjadi alat penunjuk kebesaran kepada seorang Sultan yang memerintah sebuah Empayar, maka ketahuilah bahawa nilai besi dan kayu yang terdapat pada sebilah keris itu telah berubah menjadi amat penting, bernilai dan bermanfaat.

ada jugak yg cakap 786 tu adalah nombor singkatan mengikut perubatan Islam kuno (yg diambil tak tau dari mana) yg dikumpulkan untuk dijadikan tangkal utk melariskan bisnes..... jugak tak pernah jumpa org yg bebenar bleh explain detail.....

ada jgak yang bagitau 7 tu modal, 8 tu jual, 6 tu modal pusingan

RUMUSAN

1. amalan ini adalah salah dari segi agama dan tidak ada satu nas al-Quran dan hadis yang membenarkan al-Quran dibaca menggunakan kod nombor.
2. Sistem kod ini asalnya adalah digunakan dalam kaedah mencari keserasian antara lelaki dan wanita yang ingin mencari pasangan,kaedah ini amat terkenal dan terdapat dalam kitab lama seperti Tajul Muluk dan juga beberapa buku-buku ilmu hikmat yang lain.
3. Alasan untuk menjaga kesucian ayat al-Quran dari tercemar dengan diganti dengan sistem kod adalah tidak munasabah.Kaedah menjaga kesucian al-Quran adalah melalui hafazan,ini kaedah asal yang diajar oleh Nabi s.a.w dan ditulis oleh beberapa orang penulis wahyu Rasulullah. tidak pernah ada satu buktipun yang menunjukkan bahawa nabi menyuruh menggantikan ayat dengan kod nombor.
4. Kaedah ini dianggap satu ajaran sesat kerana mengubah wahyu al-Quran.seperti sabda nabi dalam sebuah hadis baginda yang lebih kurang maksudnya :" sesiapa yang menulis selain dari apa yang aku bacakan,dia akan kekal ke dalam neraka" ( man kataba alaiya muta'ammidan fal yatabauwak ma'adahu finnar"(au kama qal)
5. Mengubah ayat kepada sistem kod adalah menyamai kitab-kitab Taurat dan Injil yang telah diubah suai dari yang asal.

Kesan Mempelajari Kaedah KOD ini
1. sekiranyanya sekadar mengambil tahu,ianya tidak mendatangkan apa-apa kesan dosa dan pahala
2. Jika bertujuan untuk mendalami ilmu dan mengamalkan ilmu ini,ianya akan merosakkan akidah
3. Kaedah pengiraan huruf abjad arab berdasarkan kod juga merupakan salah satu kaedah ilmu tilik dan hukum menilik adalah haram.
4. Menjadikannya sebagai hujah dalam persoalan akidah dan syariat adalah berdosa

(Ilmu abjad ini adalah sebahagian ilimu ta'widh atau azimat dalam amalan Sufi Chishtiyyah dari India)

1. Tidak semua ajaran Tariqat sufi itu adalah betul,terdapat banyak aliran sufi yang sesat
2.Asas sufi ialah mendekatkan diri dengan Allah melalui Taqarrub secara zikir disamping ibadat wajib,bukan mempercayai azimat.
3. Amalan azimat ini/wafaq ini adalah kesan dari pengaruh hindu yang menyerap ke dalam ajaran Islam terutamaman semasa era pemerintahan Sultan Akhbar Agung di India (untuk maklumat lebih tepat sila rujuk buku sejarah Islam di India) yang mewujudkan aliran/agama BAHAI iaitu percampuran semua agama termasuk ISlam.


Majlis fatwa Johor telah mengeluarkan fatwa bahawa 786 ialah HARAM digunakan dan ia telah diterima dengan hati yang terbuka oleh masyarakat india muslim di Johor khasnya. Malah JMMNJ yang logonya punya nombor 786 itu pun telah ditukarkan logo mereka. Mungkin di India, Pakistan dan Bangladesh mereka masih menggunakannya.. 


               



Related Posts:

  • Sharpening Your Focus to Stay on Track Question: What are some activities that reflect best practices for regular maintenance of your time management system?At the end of each day, list the specific tasks you need to do the next dayEach week, ask yourself fo… Read More
  • Embracing Change at Work Question: Match the stages of emotion to the corresponding reactions to organizational change.Passive acceptance- People stop resisting the change - They stop resisting and assume that the change will happenSh… Read More
  • Remaining Tactful and Diplomatic under Pressure Question: What are some techniques for remaining tactful and diplomatic in difficult situations?Actively listening to the other person and tuning into their emotionsConsidering who you’re talking to and the impact of yo… Read More
  • Strength under Pressure: Building Perseverance and Resilience Question: What strategies could be used to persevere in the face of setbacks?Asking a trusted colleague for helpSeparating accomplishments from failuresStepping back and recalling your original valuesQuestion: How can y… Read More
  • Being a Responsible Corporate Digital Citizen Question: Which steps can an organization take to move toward contextual data privacy?Establish a cross-functional privacy teamAssess current practicesEstablish internal privacy standardsSimplify customer privacy polici… Read More