Nombor enjin adalah nombor identiti sesebuah enjin yang dicop pada blok enjin mengikut ukuran dan bentuk di tapak yang ditentukan oleh pembuat/pengilang . Ianya menerangkan model,tahun,jenis bahan api dan keupayaan sesebuah enjin.
Jenis jenis permohonan
Kategori 1
Penukaran enjin yang sama model dan keupayaan kapasiti dengan enjin asal
Kategori 2
Penukaran enjin dari model yang sama dan keupayaan kapasiti tidak melebihi atau tidak kurang 25% dari enjin yang asal
Kategori 3
Penukaran enjin dari model yang sama dan keupayaan melebihi atau kurang 25% dari keupayaan asal.
Kategori 4
Penukaran enjin dengan menggunakan bahan api berbeza dari yang asal.
Kategori 5
Penukaran enjin dari model yang berlainan dari enjin asal
Syarat syarat permohonan
Bagi kategori 1 - permohonan dihantar terus kepada JPJ negeri dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut .
-
Borang permohonan/Lampiran A
-
Kad Pendaftaran yang asal
-
Resit Pembelian enjin yang asal
-
Surat Kastam K2 yang disahkan
-
Insuran yang baru .
Bagi kategori 2 - Pemohon perlu membuat pemeriksaan khas di PUSPAKOM dan melaporkan kepada JPJ negeri dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut :
-
Borang permohonan/Lampiran A
-
Kad Pendaftaran yang asal
-
Resit Pembelian enjin yang asal
-
Surat Kastam K2 yang disahkan
- Surat Pelepasan Tanggungan
- Laporan Pemerikasaan Puspakom (B2)
- LKM (Cukai Jalan)
-
Insuran yang baru .
Bagi kategori 3 , 4 dan 5 - Pemohon perlu membuat permohonan Kepada Bahagian Teknik, Ibu Pejabat dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:
-
Borang permohonan/Lampiran A
-
Salinan Kad Pendaftaran
-
Salinan Resit pembelian enjin .
-
Salinan surat Kastam (K2) .
-
Setelah mendapat kelulusan dari Bahagian Teknik , pemohon perlu mengikut proses kategori 2 .
Syarat syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin
-
Tidak ada pengubahsuaian pada enjin 'Mounting'
-
Kimpalan pada enjin 'Mounting' tidak dibenarkan.
-
Propeller Shaft' tidak dibenarkan dipotong atau disambung di mana-mana bahagian.
-
Tiada keretakan atau karat pada enjin 'Mounting'.
-
Sistem brek perlu dinaikkan taraf bagi enjin kapasiti melebihi 25% daripada kapasiti enjin asal.
-
Sistem gantungan (Suspension System) perlu dinaikkan taraf merangkumi 'Spring Stiffness'.
27 Julai 2010
Home »
» Panduan memohon penukaran enjin
Panduan memohon penukaran enjin
By Odai Julai 27, 2010
Related Posts:
Setting Remote Astro Kawal TV Pernah terfikir asal la ada button "TV" tapi takleh pakai. Rupanya kena setting dulu. Caranya: 1- Halakan remote astro ke TV 2- Tekan lama "OK" dan "TV" sekali, sampai lampu LED di remote berkelip 2 kali3- Masukkan… Read More
PC Acer model 6800 HibernatingJika komputer Acer anda mengalami masalah hibernate. Ada cara untuk atasinya. Bagi pengguna Acer model 6800.Anda masuk ke BIOS dengan menekan butang DEL ketika "loading". Kemudian pilih PC Health Status dan tekan EnterPada me… Read More
Apa Itu NAT(Network Address Translation)Kegunaan ASAS?TUKAR IP dalam paket. Nak tukar IP+port pun boleh....Dimana berlaku?Dalam GATEWAY atau ROUTERBagaimana berlaku?OS pada gateway akan menukar source IP (SRC) dalam paket sebelum menghantarnya ke Destination IP (DS… Read More
Acer 7600GT HibernatingBuka casing dari cari kabel kuning dan putih seperti gambar di bawahSetelah anda menjumpainya anda haruslah berhati-hati mencabutnya dan biarkan kabel itu … Read More
Terlupa Password User Windows XP Langkah 1 : Tekan CTRL+ALT+DEL pada skrin nama tersebut. Satu window akan muncul. Langkah 2 : Letakkan nama sebagai ‘Administrator’. Dan biarkan ruangan password kosong. Tekan OK. Langkah 3: Jika anda berjaya masuk ke comput… Read More