ads

7 Oktober 2016

Penghantaran Tenaga Elektrik Melalui Sistem Tanpa Wayar (Wireless)



Teknologi masa depan yang memungkinkan tenaga elektrik dihantar ke pengguna tanpa wayar (wireless), jurutera di Jepun sedang berusaha mencipta satu teknologi yang boleh menghantar tenaga elektrik dengan jumlah yang besar pada jarak yang agak luas.

Idea asal datang dari idea untuk menghantar tenaga elektrik dari angkasa lepas ke bumi.  Sumber kuasa pula dari tenaga solar yang dijana di angkasa lepas dan sentiasa mengumpul jumlah tenaga yang besar, Tenaga yg terhasil di stesen jana kuasa solar tersebut kemudiannya diturunkan kepada penerima di darat melalui gelombang mikro.



Dari idea asal tersebut, pelbagai prototaip telah direka dan antara peralatan yang direka berdasarkan terknologi ini ialah sistem pengecasan tanpa wayar  (wireless charging) yang anda boleh beli untuk telefon pintar dan peralatan elektronik lain.



Di Pameran Elektronik Ceatec,Tokyo telah dipamerkan  sebahagian daripada antena yang digunakan untuk menerima kuasa elektrik melalui gelombang mikro yang direka oleh syarikat J Space Systems. Dikenali sebagai 'rectenna', antena yang berbentuk empat segi leper ini diuji dengan ditala (tuned) kepada 5.8GHz frequency.



J Space Systems telah berjaya menghantar tenaga elektrik sejauh kira-kira 50 meter dengan menggunakan sistem ini, tetapi dengan kehilangan kuasa yang agak besar. Tenaga elektrik pada nilai 1.8 kilowatts dihantar ke antena yang diukur 1.2 meter square dan berjaya menerima 340 watts daripada antena penghantar yang bersaiz 2.6 x 2.3 meter.






Mitsubishi Heavy Industries juga sedang mengusahakan penyelidikan dan tahun 2015 dan berjaya menghantar 10kW pada jarak 500 meter, satu rekod baru bagi penyelidik Jepun pada masa yang sama. Untuk melakukan ini, ia mengunakan pemancar dan penerima yang sangat besar.



Sekiranya teknologi ini terus dimajukan, terdapat beberapa kegunaan yang dibayangkan. Antaranya ialah pendawaian elektrik tanpa kabel di kawasan rumah, pejabat atau kilang yang membolehkan mesin atau peralatan elektrik mudah disusun semula tanpa perlu membuat pendawaian elektrik yang baru.



Satu lagi aplikasi yang berpotensi ialah belon yang digunakan untuk menghantar tenaga elektrik ke kawasan yang dilanda bencana alam di mana tiada bekalan tenaga elektrik dan teknologi itu juga boleh digunakan untuk menghantar tenaga elektrik melalui dron atau objek lain yang boleh sentiasa berada di udara.

Tetapi semua ini adalah projek-projek kecil berbanding idea asal iaitu stesen penjana elektrik solar angkasa lepas yang menjana sejumlah besar tenaga dari cahaya matahari dan menghantarnya turun ke bumi.














Untuk sampai ke peringkat itu, banyak kerja-kerja pembangunan perlu dilakukan termasuk tugas utama untuk mengurangkan kehilangan kuasa dalam sesi penghantaran.

Agensi Angkasa Jepun yang sedang mengusahakan idea tersebut, mengakui bahawa idea untuk menjana kuasa elektronik melalui tenaga solar di angkasa lepas bukannya baru. Projek-projek yang terdahulu di negara-negara lain telah ditutup kerana kekurangan sokongan politik dan sumber kewangan.

Walau bagaimanapun, Agensi Angkasa Jepun akan terus mengusahakan teknologi tersebut. Tetapi untuk menjadikannya realistik akan mengambil masa dan usaha untuk mengatasi pelbagai halangan.