ads

6 Oktober 2016

Buat Duit Dengan Iklan di Blog Anda melalui H12-media.com


H12 Media merupakan rangkaian pengiklanan atas talian yang disediakan untuk pemilik blog atau laman web di seluruh dunia. Dilancarkan pada tahun 2012 dan  membuat pembayaran melalui kaedah CPC (cost per click) dan CPM (cost per 1000 impression). Hasil saham penerbit akan mendapat 70%. Bayaran pada kadar 70% menjadikan H12-media ini menjadi alternatif yang baik untuk beriklan. Dan atas sebab bayaran yang tinggi itu, H12-media akan review blog anda terlebih dahulu sebelum menerima blog anda masuk ke rangkaian pengiklanan mereka.

Syarat-syarat untuk menyertai  H12 Media:

  • * Tiada keperluan trafik tertentu. Walau bagaimanapun mempunyai kadar trafik yang tinggi akan membantu mendapatkan pendapatan yang lebih baik.
  • * Laman web yang mempunyai kandungan yang tidak sah seperti pornografi, perjudian, spamming, penggodaman dan lain-lain tidak akan diterima masuk.
  • * Laman web yang masih dalam pembinaan atau laman web yang tidak lengkap juga akan ditolak oleh H12-media.

Apa Yang Tidak Dibenarkan

  • * Jangan klik pada iklan anda sendiri atau menggalakkan orang lain.
  • * Jangan gunakan bots, laman PTC, pertukaran traffic dan perisian auto refresh untuk menjana trafik palsu.
  • * Jangan gunakan bots atau perisian untuk memanipulasi klik.
  • * Jangan mengubah kod iklan.
  • * Tidak perlu menggunakan lebih daripada 5 unit iklan untuk setiap halaman.
Note: Jika dikesan oleh H12-media, akaun anda akan dibatalkan dan semua earning yg dikumpul akan hilang.

 Saiz dan Bentuk Iklan

Anda akan diberikan format iklan berikut: Standard, Sliding dan On-video ads. 
Saiz yang digunakan untuk desktop dan peranti mudah alih adalah seperti berikut: 

 300 × 250, 728 × 90, 468 × 60, 120 × 600, 336 × 280, 300 × 600, 160 × 600 dan 320 × 50 

Pembayaran
Anda akan dibayar berdasarkan pilihan yang anda tentukan iaitu Next-Day basis atau Net 30 basis. Jika anda memilih pilihan Next-Day basis, anda perlu membayar caj 10% kepada H12-Media. Tiada apa-apa syarat sekiranya anda memilih untuk menerima bayaran pada Net 30 basis. Pilihan pembayaran yang disediakan ialah PayPal dan Wire transfer. Minima $25 apabila anda menggunakan PayPal dan $500 untuk Wire transfer.

Referral Program

Anda boleh meningkatkan pendapatan anda dengan Referral Program ini apa ada yang mendaftar H12-media melalui link anda. Kadar bayaran ialah 10%. 

Kebaikan

  • * Sistem laporan masa nyata
  • * Boleh menetapkan harga
  • * Menentukan jenis iklan yang akan dipaparkan
  • * Pelbagai saiz dan bentuk iklan
  • * Iklan yang bersih
  • * Referral program (affliate)

Keburukan

  • * Tidak boleh mengawal iklan
  • * Kadar yang rendah untuk Asia atau Tier 3