- Membantu tugas-tugas pengurusan aset ICT di sekolah dibawah penyeliaan Pengetua/Guru Besar/Guru Data.
- Menyelenggara kemudahan & perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikal seperti:-
Pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT. - Membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS bagi School*Net , EG*Net, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya.
- Menyelaras Meja Bantuan Teknikal ICT.
Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerjayangdilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan. - Menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah.
- Mengawasi isu-isu keselamatan ICT diperingkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN//PPD/Sekolah serta MAMPU
- Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang di arahkan dari semasa ke semasa.
POST (Power on Self-Test) ialah ujian yang dilakukan oleh PC untuk memeriksa fungsi-fungsi komponen pendukung PC adakah bekerja dengan baik. POST dilakukan PC pada saat booting, jika PC mengalami sesuatu masalah maka akan dapat dikesan apakah kerosakannya melalui POST, PC akan memberikan mesej / peringatan kesalahan dalam bentuk suara yang dihasilkan melalui speaker atau paparan visual di monitor. Selain itu mesej / peringatan kesalahan juga boleh dikesan melalui prestasi dari PC, misalkan PC tidak hidup walaupun sumber kuasa AC sudah berhubung dan butang power sudah ditekan. POST membolehkan pengguna dapat mengesan, mengasingkan, menentukan, dan mencari kesalahan sehingga dapat memperbaiki kerosakan yang terjadi pada PC. Mekanisme POST disediakan oleh semua produk PC atau motherboard dan disimpan di dalam ROM atau flash ROM BIOS. Secara umum proses dan prosedur yang dilakukan dalam POST pada semua produk motherboard adalah sama. Terdapat beberapa perbezaan yang menjadikan ciri