ads

29 Oktober 2009

Prosedur Permohonan Untuk Mendapatkan Kebenaran Berkahwin (Bagi Negeri Kedah)

PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH

Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Agama Daerah di mana pemohon tinggal 1 bulan dari tarikh cadangan untuk berkahwin.
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Kad Pengenalan Wali - (bagi pemohon perempuan sahaja)
3. Sijil Kursus Pra Perkahwinan (salinan dan asal)**
4. Kebenaran berkahwin lelaki (jika lelaki daripada luar daerah) - (bagi pemohon perempuan sahaja)
5. Sijil Cerai Asal (bagi pemohon perempuan / lelaki)
6. Surat Mati bekas suami / isteri dan surat Perakuan Nikah / Rujuk - (asal dan salinan) (bagi duda / janda)
7. Kad Perakuan Memeluk Islam (asal dan salinan)** - (jika saudara baru)
8. Kebenaran berpoligami dari Mahkamah (jika berpoligami)
9. Surat kebenaran dari Kedutaan / Pihak berkuasa lain - (bagi pemohon bukan warganegara Malaysia)
10. Kebenaran berkahwin daripada pihak berkuasa tentera / polis (bagi anggota tentera / polis)
11. Lelaki - Borang 1 & 2 dilengkap dan disahkan oleh Tuan Imam Qariah
12. Perempuan - Borang 2 dilengkap dan disahkan oleh Tuan Imam Qariah

PERINGATAN
Kegagalan membawa dokumen-dokumen ASAL semasa datang untuk memohon kebenaran perkahwinan akan mengakibatkan permohonan anda ditolak.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah terlebih dahulu ditandatangani oleh Penolong Pendaftar Kariah / Imam di mana pemohon tinggal**

Sijil asal akan dikembalikanUntuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Agama Daerah yang berhampiran (bagi Negeri Kedah sahaja).