ads

29 Oktober 2009

Panduan Kepada Pengantin di Negeri Kedah

Panduan Kepada Pengantin Perempuan
Isikan borang 2 dan borang simpi berwarna kuning (boleh menggunakan tulisan rumi).

Untuk mendapat pengesahan Imam, sila kemukakan dokumen-dokumen / perkara-perkara berikut :
- Kad Pengenalan (asal dan salinan)
- Kad Pengenalan wali (asal dan salinan) - bagi pemohon perempuan sahaja
- Sijil kursus kahwin (asal dan salinan)
- Sekiranya pengantin perempuan ;
i) Seorang balu, sertakan salinan surat mati suami
ii) Seorang janda, sertakan salinan surat cerai

Panduan Kepada Pengantin Lelaki
Isikan borang 1 dan 2.
Untuk mendapat pengesahan Imam, sila kemukakan dokumen-dokumen / perkara-perkara berikut :
- Kad Pengenalan (asal dan salinan)
- Sijil kursus kahwin (asal dan salinan)
- Sekiranya pengantin lelaki seorang duda, sertakan salinan surat mati isteri / surat
cerai

Peringatan
Anak kariah yang tinggal diluar kariah hendaklah menggunakan alamat dalam kariah ketika mengisi borang.
Mereka yang tinggal dalam kariah sebelum genap tempoh 6 bulan tidak layak mendapat pengesahan Imam.
Hanya borang yang lengkap diisi dan disertakan dokumen-dokumen berkaitan akan dibuat pengesahan.
Hantar / ambil borang pada waktu sembahyang di masjid.
Majlis akad nikah HANYA akan di adakan di masjid.
Sila berunding dengan tuan Imam untuk urusan penetapan tarikh dan masa akad nikah.
Pengantin perempuan (berpakaian menutup aurat) dan wali dikehendaki ke masjid pada masa akad nikah berlangsung.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Agama Daerah yang berhampiran (bagi Negeri Kedah sahaja).