Langkau ke kandungan utama

Cara tukar fail PDF kepada Word guna Google Docs




Pada artikel ini, saya akan tunjukkan cara-cara mengubah dokumen PDF kepada DOC melalui Google Docs yang boleh dilakukan secara percuma.
Dokumen-dokumen PDF merupakan jenis dokumen yang paling kerap digunakan untuk berurusan berkaitan dokumentasi. Ia menjadi pilihan kerana mudah untuk disediakan dan dikongsikan selain dari popularitinya dikalangan pengguna-pengguna biasa.
Cuma, masalah yang sering dikaitkan dengan penggunaan PDF ini adalah kesukaran untuk melakukan suntingan pada dokumen-dokumen terbabit. Suntingan pada dokumen PDF tidak semudah melakukan suntingan pada dokumen Microsoft Word.
Oleh itu, cara mudah untuk menyunting dokumen PDF adalah menukarkannya ke dokumen berformat .doc atau .docx yang boleh dibaca oleh perisian pemprosesan perkataan seperti Word, Google Docs, dan lain-lain.
Pada artikel ini, saya akan tunjukkan cara-cara mengubah dokumen PDF kepada DOC melalui Google Docs yang boleh dilakukan secara percuma.

Log masuk ke akaun Google
Create-Google-DocsPertama sekali, daftar masuk ke akaun Google anda dan pergi ke Google Docs.
Uploading-File-Google-DocsPada halaman Google Docs, lihat pada penjuru atas sebelah kanan anda dan klik pada ikon berbentuk folder fail untuk memuat naik fail-fail baru.

Memuat naik fail

Uploading-File-Google-Docs2Muat naik fail-fail PDF yang anda ingin sunting dengan cara mengheretkan fail tersebut ke ruangan memuat naik atau dengan menekan butang “Select a file from your computer”.
PDF-in-DriveSebaik sahaja ia telah dimuat naik, fail berkenaan akan muncul pada halaman Google Drive.

Tukar PDF kepada DOC

Open-Docs-in-DriveKlik kanan pada fail yang telah dimuat naik pada Google Drive berkenaan dan anda pilih pada ‘Open with’ dan pergi ke ‘Google Docs’.
Download-as-docxSebaik sahaja dokumen PDF berkenaan dibuka pada Google Docs, anda boleh memuat turunnya ke dalam format .docx dengan pergi menu ‘File’, klik pada ‘Download as’ dan pilih ‘Microsoft Word (.docx)’.


kredit to anakaskarpencen.com

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu Power on Self-Test (POST)

POST (Power on Self-Test) ialah ujian yang dilakukan oleh PC untuk memeriksa fungsi-fungsi komponen pendukung PC adakah bekerja dengan baik.  POST dilakukan PC pada saat booting, jika PC mengalami sesuatu masalah maka akan dapat dikesan apakah kerosakannya melalui POST, PC akan memberikan mesej / peringatan kesalahan dalam bentuk suara yang dihasilkan melalui speaker atau paparan visual di monitor.  Selain itu mesej / peringatan kesalahan juga boleh dikesan melalui prestasi dari PC, misalkan PC tidak hidup walaupun sumber kuasa AC sudah berhubung dan butang power sudah ditekan. POST membolehkan pengguna dapat mengesan, mengasingkan, menentukan, dan mencari kesalahan sehingga dapat memperbaiki  kerosakan yang terjadi pada PC.  Mekanisme POST disediakan oleh semua produk PC atau motherboard dan disimpan di dalam ROM atau flash ROM BIOS.  Secara umum proses dan prosedur yang dilakukan dalam POST pada semua produk motherboard adalah sama.  Terdapat beberapa perbezaan yang menjadikan ciri

CB RADIO (Citizen Band) DI MALAYSIA

Radio Jalur Rakyat (citizen band, CB) merupakan penyiaran tanpa lesen yang disiarkan melalui frekuensi yang ditetapkan khusus untuk kegunaan ini. Frekuensi yang dibenarkan adalah 27MHz bagi pancaran HF dan 477MHz bagi pancaran UHF. CB radio di kebanyakan negara adalah sistem radio jarak pendek komunikasi diantara individu-individu pada frekuensi daripada 40 saluran dalam 27MHz (11 meter band). CB radio adalah berbeza daripada FRS, GMRS, MURS atau amatur (ham) radio. Di kebanyakan negara, CB tidak memerlukan lesen dan tidak seperti radio amatur, mungkin boleh digunakan untuk perniagaan mahupun komunikasi peribadi. Seperti radio dua hala perkhidmatan lainnya, Citizens Band adalah saluran bersama oleh banyak pengguna. Hanya satu stesen boleh memancar pada suatu masa. Stesen lain harus mendengar dan menunggu bersama saluran yang sedia. Seiring waktu, beberapa negara telah membuat perkhidmatan radio yang sama, dengan pelbagai keperluan untuk keizinan dan standard teknikal yang ber

10 Jenama Komputer Terbaik Di Dunia

Pengeluar - pengeluar komputer sentiasa berusaha untuk memastikan jenama komputer riba atau komputer mereka mampu mengekalkan reputasi dari segi kualiti dan nilai kepada pelanggan. Pada masa sekarang, terdapat pelbagai  jenama komputer terbaik yang telah menyerang pasaran  dan bersaing dalam penambahbaikan dari segi kebolehpercayaan dan kualiti. Di bawah ini diberikan sebahagian daripada  jenama komputer terbaik  dan anda boleh nilai sendiri yang bersesuaian untuk anda dan juga keluarga anda. 1. Apple Apple adalah salah satu jenama komputer yang terbaik di dunia. Syarikat multinasional Amerika  ini, sentiasa berdiri di barisan hadapan dalam revolusi PC dan adalah salah satu  jenama komputer yang paling digemari di dunia . Syarikat ini beribu pejabat di Cupertino,California. Sebagai salah satu jenama komputer terbaik di dunia, firma ini membantu dalam membangunkan, merekabentuk dan menjual komputer peribadi, peralatan elektronik, perisian komputer dan lain-lai