ads

1 November 2016

Membuat PenDrive Installer Bootable Windows 10



Kali ini dikongsi tutorial untuk membuat PenDrive Installer Bootable Windows 10  tanpa menggunakan tools atau software.

Untuk Windows 7 boleh baca di: Membuat Pendrive Installer Bootable Windows 7

Masukkan DVD installer Windows 10 ke drive DVD atau kalau menggunakan file ISO pastikan sudah dimount sebagai DVD Drive .

Pastikan pendrive yang akan digunakan berkapasiti sekurang- kurangnya 8GB yang tidak ada file di dalamnya.

1. Lihat menggunakan file explorer (Windows explorer), DVD ada di drive apa? pendrive berada di drive apa?, contoh DVD sebagai drive F, dan pendrive ada di drive H















2. Jalankan Command line / Command prompt as Administrator,
3. Taip diskpart kemudian tekan Enter.

>diskpart

maka akan muncul Prompt Diskpart



4. Taip list disk kemudian Enter.

DISKPART>list disk

Akan muncul list disk, kamu pasti dapat mengetahui drive mana yang merupakan pendrive, cara mudah ialah dengan melihat kapasitinya.


Pada contoh capture di atas, pendrive adalah Disk 1 yang ukurannya 8GB (terbaca 7710 MB)

5. Kemudian taip : select disk 1, tekan enter. (sesuaikan dengan disk di komputer anda).

DISKPART>select disk 1

akan ada keterangan disk 1 is now selected disk.




6. Kemudian taip: clean , tekan enter.

DISKPART>clean

akan muncul  keterangan DiskPart succeeded in cleaning the disk.




7. Taip: create partition primary , tekan enter.

DISKPART>create partition primary

Akan muncul keterangan Diskpart succeeded in creating the specified partition.



8. Langkah selanjutnya taip: select partition 1 , tekan enter

DISKPART>select partition 1

Akan muncul keterangan Partition 1 is now the selected partition




9. Kemudian taip: active , tekan enter.

DISKPART>active

Akan ada keterangan Diskpart marked the current partition as active.



10. Perintah selanjutnya adalah memformat pendrive, taip: format FS=NTFS kemudian tekan Enter.
DISKPART>format FS=NTFS

Proses format ini akan berlangsung agak lama kerana ini merupakan full format bukan quick format.
Proses format ini akan siap apabila pernyataan ini muncul:  100 percent completed dan
Diskpart successfully formated the volume.



11. Setelah proses format selesai, taip: assign, tekan Enter.

 DISKPART>assign

 akan ada keterangan Diskpart successfully assigned the drive letter or mount point.



12. Taip exit kemudian tekan Enter untuk keluar dari diskpart.

DISKPART>exit

Akan ada keterangan Leaving Diskpart...
  


Proses yang selanjutnya adalah untuk menjadikan pendrive anda menjadi Bootable, maksudnya adalah pendrive yang boleh digunakan untuk booting. Toolsnya ada di Installer Windows 10 pada folder Boot.

13. Kembali ke langkah 1 untuk meyakinkan di mana drive DVD Installer Windows 10, dan mana pendrive. pada contoh : DVD Installer adalah di drive F, Flashdisk adalah drive H.

14. Taip F: kemudian Enter. (ganti F disesuaikan dengan drive DVD laptop/komputer anda).
F:
15. Taip cd\boot kemudian Enter

cd\boot

http://h0w2.blogspot.com

16. Taip bootsect /nt60 H: kemudian Enter (H disini adalah drive flashdisk, sesuaikan dengan drive pendrive anda).

bootsect /nt60 H:

Setelah  berhasil menjadi bootable akan ada keterangan Successfully updated NTFS filesystem bootcode. Bootcode was successfully updated on all targeted volumes.




Langkah selanjutnya adalah copy seluruh file yang berada di DVD Installer Windows 10, dicopy ke pendrive masih dengan mengunakan Command prompt iaitu dengan arahan xcopy.


17. Perhatikan kembali drive DVD dan pendrive jangan sampai tertukar,
Arahannya adalah:
taip xcopy f:\*.*  h:\/e/f/h  kemudian tekan enter,
warna purple f=DVD, berwarna merah h=pendrive, sesuaikan dengan drive letter di komputer anda. (f dan h pada /e/f/h  bukan drive tapi arahan).

F:\boot> xcopy f:\*.*  h:\/e/f/h




Proses copy akan berjalan agak lama kerana kapasitinya yang besar sekitar 4GB.

Setelah proses copy selesai, pendrive anda sudah siap digunakan untuk booting dan digunakan untuk install Windows 10.

Jangan lupa pada komputer atau laptop yang akan diinstal Windows 10 menggunakan pendrive installer ini, boot order pada BIOSnya harus urutan pertamanya ialah usb-boot.


Cara ini boleh juga digunakan untuk Windows 8. 



Moga berjaya..!! Jika ada permasalahan sila tinggalkan pesanan di ruangan komen di bawah. Kami akan cuba membantu anda. 


Sumber: tipstriks.com