ads

7 November 2016

Cara Install Kodi Untuk Tonton Filem Secara Streaming


Kodi adalah aplikasi/perisian yang membolehkan penggunanya untuk menonton

 kandungan-kandungan di internet secara percuma. Ianya adalah alternatif terbaik 
kepada saluran mainstream di Malaysia. 

Seperti yang dijanjikan, ini adalah tutorial cara menggunakan Kodi (versi 17 beta 1)

 untuk anda dapat menonton beratus bahkan boleh jadi beribu saluran televisyen 
secara strim, atau boleh juga menonton filem-filem melalui contoh repo yang akan
 saya perkenalkan.

Sebelum itu, mari kita berkenalan dahulu dengan bahagian-bahagian 

Kodi 17 Krypton ini. Paparan antaramuka penggunanya sudahpun berubah 
berbanding versi Jarvis, atas sebab itulah saya tergerak untuk menulis tentangnya.

Baiklah. Tutorial kali ini kita akan gunakan repo Exodus yang penuh dan sarat dengan 

filem-filem pecah panggung di dalamnya. Sesiapa yang 'kaki movie' memang akan 
'pecah otak' pula layan semua yang ada kerana ia memang sentiasa dikemaskini.













Lihat pada gambar di atas. Terdapat 4 kotak di bawah. Dari kanan, ianya adalah 
File Manager, Favorite, Settings, dan Power.

Di atas pula terdapat menu yang memaparkan Movies, TV Shows, Music, Add-ons, 

Pictures, Videos, dan Weather.













Jika anda klik pada Add-ons, akan keluar pula paparan seperti di atas. Kotak di bawah
 tersebut ialah Settings, Refresh dan Add-ons Browser. Boleh faham kan?













Sebelum memulakan apa jua langkah, anda perlu klik terlebih dahulu pada Settings, 
dan halakan kepada bahagian Add-ons. Sila klik pada 'Unknown sources' untuk 
memasang Add-ons dari sumber luar.













Klik 'Yes'.

Ok, ohsem. Kita ke langkah seterusnya pula.














Klik pada File Manager. Anda akan dapat lihat pelbagai pilihan ada di situ. 
Klik 'Add source'. Tetingkap seperti gambar di atas akan muncul. 
Seterusnya klik pada 'None'.













Taipkan URL : http://fusion.tvaddons.ag

Klik 'Done'.














Namakan semula ia kepada Fusion atau apa-apa nama yang anda mudah untuk ingati. 
Nak bubuh Exodus pun tiada masalah.













Kemudian, anda klik pada Add-on Browser - Install from zip file.













Cari repository yang telah anda tambah sebentar tadi iaitu Fusion. Di dalamnya terdapat 
beberapa folder. Cari folder xbmc-repos - english - repository.exodus.1.0.1.zip
(atau apa jua versi yang dikemaskini).













Lihat gambar di atas. Terdapat paparan notifikasi 'Exodus repository - Add-on enabled'.
 Anda boleh terus hala ke Install from repository - Video add-ons - Exodus - Install.













Dah klik Install seperti di atas? Ok, tunggu hingga ada notifikasi 'Add-on enabled'.













Yeahhh, Exodus telah pun dipasang! Sekarang anda dah boleh layan filem-filem 
gempak terbaru yang ada dalam addon ini.

Gambar di bawah adalah contoh ya.




Kredit: omghackers.com