ads

15 Oktober 2016

Tips | Menjaga Mykad Dari Cepat Rosak

Memiliki kad pengenalan bukanlah seperti memiliki seorang makwe kerana ianya tidak perlu di jaga sepertimana seorang makwe. namun hakikatnya masih ada beberapa perkara yang korang perlu buat untuk menjaga kad pengenalan korang sebelum kad pengenalan anda rosak dan seterusnya anda terpaksa meminjam wang makwe korang untuk membuat kad pengenalan baru.
semestinya itu akan membuatkan makwe korang menarik muka sehingga ke hujung dunia kerana sikap korang yang tak seperti lelaki lembut (gentleman) langsung.
ok berbalik kepada tips nak jaga mykad korang. tips ni fit dapat dari JPN melalui akhbar tempatan. fit pun pernah tukar sekali mykad tu sebab cip dia rosak. Melayang RM10. adoiii cara nak jaga mykad ni sama ja macam nak jaga CD atau DVD. Caranya:
  • Jangan bagi kena panas. kalau tinggal dalam kereta tengah panas memang le cepat rosak. So usunglah ke mana ja korang pegi.
  • Jangan gores, tebuk, ketuk, gunting atau calarkan cip dan mykad tu. kang kad rosak takleh baca. Silap-silap muka korang berubah ke tak ke naya nanti. hehe
  • Elakkan mykad korang dari kena bahan kimia atau asid. macam sabun pencuci ke. kalau kad masih boleh dibaca lepas terendam tu kira bertuah la korang..kalau tak tu dipersilakan dengan besar hatinya ke pejabat pendaftaran dengan berbekalkan RM10 untuk tukar mykad baru.
  • Dan penting ni. jangan bengkokkan atau lengkungkan mykad korang. Nanti lekang, cepat la rosak. bagi yang letak dalam wallet tu pastikan wallet korang rata je..kalau bengkok memang boleh merosakkan mykad korang.
Bayaran/Fi penggantian MyKad

1. Warganegara : RM 10.00
2. Bukan Warganegara : RM 40.00
3. Permohonan gantian Kad Pengenalan rosak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad yang rosak tersebut adalah PERCUMA.
4. Bayaran permohonan gantian Kad Pengenalan rosak melalui laman web diterima melalui kredit sahaja.
5. Pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian Kad Pengenalan rosak yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan.
kesimpulannya jagalah mykad tu seperti makwe korang sebab mykad pun pandai nak kopak duit korang.

Sumber: fitrihadi.com