ads

8 Oktober 2016

Teknologi Li-Fi yang bakal menggantikan Teknologi WiFi



Apakah Li-Fi?

Sebelum itu, anda boleh membaca entry Apakah itu WiFi? Bagaimana ia Berfungsi?

Light Fidelity atau Li-Fi merupakan satu sistem komunikasi Visible Light Communications (VLC) yang menjalankan komunikasi tanpa wayar (wireless) pada kelajuan yang sangat tinggi.  Li-Fi menggunakan lampu rumah LED (light emitting diodes) untuk membolehkan pemindahan data yang menawarkan kelajuan sehingga 224 Gigabits sesaat.

 Istilah Li-Fi ini dicipta oleh  Profesor Harald Haas dari University of Edinburgh semasa TED Talk pada tahun 2011. Haas menggambarkan mentol lampu yang boleh bertindak sebagai wireless routers. Setelah empat tahun penyelidikan, Haas menubuhkan syarikat dengan matlamat menjadi peneraju dunia dalam teknologi komunikasi Li-Fi.












Bagaimana Li-Fi Berfungsi 

Li-Fi dan WiFi menjalankan tugas yang sama iaitu menghantar data secara elektromagnetik. Walau bagaimanapun, WiFi menggunakan gelombang radio dan Li-Fi menggunakan cahaya yang boleh dilihat.  Ini bermaksud ia memerlukan pengesan gambar (photo-detector) untuk menerima isyarat cahaya dan alat memproses isyarat cahaya untuk menukar isyarat  tersebut menjadi data. Lampu LED ialah lampu separa konduktor (semi-conductor light ), tenaga elektrik yang dibekalkan kepada Lampu LED boleh dinaik atau diturunkan dalam ertikata lain boleh dimalapkan.



Sebagai contoh, data dimasukkan ke dalam lampu LED (dengan teknologi pemprosesan isyarat), ia kemudian menghantar data pada kelajuan yang cepat kepada foto-pengesan (photo-detector).

Kerlipan lampu LED yang pantas sehingga tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar tersebut kemudiannya ditukarkan oleh 'penerima' menjadi isyarat elektrik.  Seterusnya isyarat elektrik tersebut ditukarkan kembali ke dalam bentuk data binari yang mereka anggap membolehkan sebuah peranti menjalankan aplikasi web, video dan audio.



Li-Fi vs WiFi 

Walaupun kelajuan Li-Fi pada 224 Gigabits sesaat meninggalkan Wi-Fi jauh lebih perlahan, Li-Fi masih mempunyai keburukan seperti isyarat Li-Fi yang tidak boleh menembusi dinding. Jadi, untuk mendapat isyarat penuh, lampu LED perlu diletakkan di seluruh rumah. Li-Fi juga memerlukan lampu LED yang dipasang pada setiap masa untuk menyediakan sambungan tidak kira siang atau malam.

Masa Depan Li-Fi 

Pada November 2014, perintis teknologi Li-Fi iaitu pureLiFi telah membuat kerjasama dengan Lucibel (syarikat lampu dari Perancis)  untuk mengeluarkan produk berasaskan teknologi Li-Fi menjelang akhir tahun 2015.

pureLiFi sudah mempunyai dua produk di pasaran:


  • Li-Flame Ceiling Unit sebagai penghantar signal LiFi




  • Unit Desktop Li-Flame sebagai penerima LiFi



Kedua-duanya berfungsi untuk membekalkan cahaya dan sambungan network dalam satu peranti.




Li-Fi dilaporkan sedang diuji di Dubai oleh syarikat pembekal telekomunikasi UAE, du dan Zero1. Mereka mendakwa telah berjaya menyediakan internet, audio dan video streaming menerusi sambungan Li-Fi.

Ada juga desas desus mengatakan Apple juga sedang membuat penyelidikan dan pembangunan (RnD) untuk mengeluarkan iPhone yang berkeupayaan Li-Fi. Seorang pengguna Twitter mendapati di dalam kod iOS 9.1 mempunyai rujukan kepada Li-Fi yang dinamakan sebagai 'LiFiCapability' yang membuktikan Apple sedang mengintegrasikan Li-Fi di iPhone pada masa akan datang.