ads

18 Oktober 2016

Masalah Pendrive Tak Boleh Format (The disk is Write protected)


Anda tidak boleh simpan file dalam pendirve? Nak format pun tak boleh. Naik error write protected! jangan risau, bukan anda seorang yang kena penyakit tu.. haha..

Buang Write Protection dengan Diskpart di Command Prompt

Klik di Start Menu dan taip cmd di ruangan Search programs and files. Tekan ja enter atau Klik Kanan dan Run as Administrator.


Anda sekarang akan nampak Command Line Utility, yang kelihatan seperti yang berikut.


Taip command DISKPART dan tekan Enter. Diskpart adalah disk-partitioning tool yang dibina ke dalam Windows dan boleh diakses melalui Command Prompt. 


Sekarang taipkan LIST DISK dan tekan Enter. Anda akan nampak sebuah jadual sesuatu seperti di bawah. Ia menunjukkan dua disk: Hard Disk Drive s (HDD) sebagai Disk  0, dan pendrive sebagai Disk 1. Kita tahu bahawa pendrive adalah Disk 1 kerana ianya lebih kecil daripada Disk 0. Hati - hati dalam menentukan yang mana satu pendrive anda.

Selepas menentukan disk pendrive anda, taip SELECT DISK 1 dan tekan Enter. Anda akan diberi tahu disk 1 telah dipilih. Taipkan ATTRIBUTES DISK, dan Diskpart akan memberitahu anda apa yang anda ingin tahu tentang pendrive anda. Paling penting ialah baris pertama yang tertulis Current Read-only State: Yes : Ya. Ini punca naik error "the disk is write protected".

Untuk buang write protection dengan Diskpart, taipkan arahan 
ATTRIBUTES DISK CLEAR READONLY

Guna ATTRIBUTES DISK lagi sekali untuk tahu ia berjaya atau tidak.


Double-check dengan cuba menyalin fail yang kecil untuk pemacu USB anda. Jika ia berfungsi, tahniah anda berjaya. Jika anda masih error write-protect, Inilah masanya untuk membawa keluar senjata yang lebih besar iaitu Perisian Utiliti.

Perisian Utiliti yang direkomen digunakan ialah:


Moga berjaya..!! Jika ada permasalahan sila tinggalkan pesanan di ruangan komen di bawah. Kami akan cuba membantu anda.