ads

18 September 2016

Install Aplikasi Android Di Decoder HyppTV

Untuk menggunakan eksploit ini, pengguna memerlukan HyppTV Box yang menggunakan Huawei EC6106V5. Versi sebelum ini tidak boleh digunakan.
TM HyppTV
Sebuah storan USB pada saiz sekitar 4GB. Pengguna perlu format ia sebagai FAT32/FAT untuk digunakan bersama.
Segalanya perlulah dilakukan atas risiko sendiri. Ia akan menamatkan jaminan untuk HyppTV anda, dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan.
Kegunaan
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah kegunaan eksploit ini. Salah satu kegunaannya adalah untuk memasang aplikasi Android pada HyppTV, dan menggunakan ia melaluinya.
Versi asal HyppTV menghalang sokongan tersebut, dan perkara tersebut perlu dilakukan menggunakan eksploit seperti ini.
Pemasangan
Langkah Pertama
Pertama sekali, sebelum memulakannya, pengguna perlulah memuat-turun eksploit untuk HyppTV berkenaan.
Pembangunnya telah menyediakan versi yang menyertakan Google Framework, yang mana memudahkan anda untuk memasang aplikasi terus daripada Google Play Store.
Muat-Turun Eksploit HyppTV-GAPPS
Untuk pengguna yang inginkan lebih teknikal dan menyertakan aplikasi sendiri, boleh mendapatkan fail eksploit asal untuknya.
Muat-Turun Eksploit HyppTV
Langkah Kedua
Namakan semula fail gapps-hypptv.zip yang dimuat-turun tadi kepada update.zip. Masukkannya ke dalam storan USB anda yang telah diformatkan sebagai FAT pada fasa persediaan tadi.
Langkah Ketiga
Pasangkan storan USB tersebut ke HyppTV anda. Matikan HyppTV Set-Top Box anda. Anda boleh melakukannya dengan menekan butang OFF/ON pada bahagian belakang HyppTV STB anda.
Seterusnya, menggunakan alat kawalan HyppTV STB, mulakan semula HyppTV anda dan tekan butang ON untuk seketika (press + hold).
HyppTV Controller
Sekiranya tepat, anda akan dapat melihat suatu skrin seperti berikut;
HyppTV Eksploit
Langkah Keempat
Menggunakan alat kawalan anda, pilih menu “Apply Update from External Storage.
Seterusnya pilih fail update.zip.
HyppTV Eksploit
Pastikan anda tidak mematikan HyppTV STB anda ketika proses penaik-tarafan dilakukan. Setelah ia selesai, HyppTV anda akan dimulakan semula secara automatik.
Langkah Kelima
Sebaik sahaja ia dimulakan semula, anda akan dapat melihat Play Store dan beberapa yang lain pada menu My Applications.
HyppTV Eksploit
HyppTV Eksploit
HyppTV Eksploit
Sekiranya Gagal?
Sekiranya anda gagal ataupun HyppTV gagal berfungsi seperti biasa, anda boleh melakukan langkah pertama hingga ketiga kembali, dan memilih Factory Reset pada menu pilihan.
Masalah Yang Diketahui
Antara masalah yang diketahui buat masa ini adalah dimana tidak semua aplikasi yang berjalan dengan lancar. Beberapa berfungsi dengan lancar seperti aplikasi YouTube dan sebagainya. Namun, masih terdapat beberapa aplikasi yang tidak berfungsi dan sebagainya.
HyppTV Eksploit
Kredit
Terima kasih kepada Akif Rabbani yang menjumpai perkara ini dan berkongsi bersama yang lain. Terima kasih juga kepada Pradeesh yang berkongsi tutorial pemasangan eksploit ini.
Bagi anda yang inginkan tutorial dalam bahasa Inggeris boleh rujuk ke nukilan asal Pradeesh di laman blog beliau.
Kredit juga kepada amanz.my