Langkau ke kandungan utama

SERVIS SENDIRI PENGHAWA DINGIN (AIRCOND) RUMAH - part 1 (outdoor unit)



Kepada sesiapa yang memiliki penghawa dingin di rumah selalunya akan memanggil pihak ketiga untuk menjalankan rutin penyelenggaraan. Caj atau kos yang ditanggung selalunya sekitar RM100 - RM200.

Tetapi hakikatnya semua ini kita boleh lakukan secara sendiri (DIY). Salah satu cara untuk menjimatkan duit poket di samping belajar sesuatu yang baru. Bagi pemiliki penghawa dingin yang moden, selalunya gas penyejuk boleh bertahan hampir tiga tahun tanpa memerlukan pengisian semula. Jadi, apabila penghawa dingin sudah menunjukkan kekurangan dari segi efisien ianya bekerja, kemungkinan besar terdapat banyak kekotoran yang melekat atau "hinggap" pada bahagian tertentu.

Untuk bahagian yang paling penting perlu dicuci adalah pemampat udara atau compressor penghawa dingin. Kita boleh gunakan pancutan air berkuasa tinggi atau gunakan berus sabut (yang macam berduri-duri) atau berus gigi. Jangan guna berus yang sangat keras dan kasar kerana pigmen aluminium kompresor mungkin boleh bengkok dan menutup terus ruang aliran udara.

Pertama sekali kita cuci dibahagian belakang compressor dari atas kemudian turun ke bawah. Jangan berus atau tembak air secara melintang (kiri ke kanan) kerana sirip aliminium akan bengkok.


















Teruskan mencuci pada bahagian lain-lain yang mempunyai sirip aluminium tersebut. Tahap kebersihan yang dianggap sesuai adalah kita boleh melihat kipas atau pandangan tersebut tembus. Sekiranya belum boleh nampak bermakna masih terdapat kekotoran yang melekat di situ. Tembak dengan pancutan air berkuasa tinggi.






















Kebiasaannya compressor yang moden membenarkan kita membuka jaring di bahagian hadapan. Bukaan jaring memudahkan untuk pancutan air ditembak dari arah dalam ke luar compressor. Cucian boleh dilakukan dengan lebih cepat. Tidak perlu risau kerana motor kompresor dilindungi dengan bekas kedap air termasuk ke seluruhan badan compressor penghawa dingin, semuanya boleh ditembak dengan pancutan air.





TETAPI perlu elakkan satu kawasan pada badan kompresor iaitu di bahagian paip saluran.



Bahagian ini mengandungi alatan elektronik yang mengesan ketumpatan gas dan suhu untuk mengawal kelajuan pusingan kipas kompresor. Jadi pastikan kita tidak menembak air pada bahagian ini. Jika perlu untuk bersihkan juga, hanya gunakan aliran air yang biasa sahaja.

Selepas semuanya selesai, kompresor dengan wajah yang lebih bersih tampil untuk berkhidmat.




Tada! Dah siap. Lepas sahaja dicuci, saya cuba jalankan penghawa dingin dan ternyata, kesejukan yang dihembuskan lebih cepat, kurang tenaga digunakan dan sememangnya sejuk seperti pertama kali ianya dibeli.

Selamat mencuba

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu Power on Self-Test (POST)

POST (Power on Self-Test) ialah ujian yang dilakukan oleh PC untuk memeriksa fungsi-fungsi komponen pendukung PC adakah bekerja dengan baik.  POST dilakukan PC pada saat booting, jika PC mengalami sesuatu masalah maka akan dapat dikesan apakah kerosakannya melalui POST, PC akan memberikan mesej / peringatan kesalahan dalam bentuk suara yang dihasilkan melalui speaker atau paparan visual di monitor.  Selain itu mesej / peringatan kesalahan juga boleh dikesan melalui prestasi dari PC, misalkan PC tidak hidup walaupun sumber kuasa AC sudah berhubung dan butang power sudah ditekan. POST membolehkan pengguna dapat mengesan, mengasingkan, menentukan, dan mencari kesalahan sehingga dapat memperbaiki  kerosakan yang terjadi pada PC.  Mekanisme POST disediakan oleh semua produk PC atau motherboard dan disimpan di dalam ROM atau flash ROM BIOS.  Secara umum proses dan prosedur yang dilakukan dalam POST pada semua produk motherboard adalah sama.  Terdapat beberapa perbezaan yang menjadikan ciri

CB RADIO (Citizen Band) DI MALAYSIA

Radio Jalur Rakyat (citizen band, CB) merupakan penyiaran tanpa lesen yang disiarkan melalui frekuensi yang ditetapkan khusus untuk kegunaan ini. Frekuensi yang dibenarkan adalah 27MHz bagi pancaran HF dan 477MHz bagi pancaran UHF. CB radio di kebanyakan negara adalah sistem radio jarak pendek komunikasi diantara individu-individu pada frekuensi daripada 40 saluran dalam 27MHz (11 meter band). CB radio adalah berbeza daripada FRS, GMRS, MURS atau amatur (ham) radio. Di kebanyakan negara, CB tidak memerlukan lesen dan tidak seperti radio amatur, mungkin boleh digunakan untuk perniagaan mahupun komunikasi peribadi. Seperti radio dua hala perkhidmatan lainnya, Citizens Band adalah saluran bersama oleh banyak pengguna. Hanya satu stesen boleh memancar pada suatu masa. Stesen lain harus mendengar dan menunggu bersama saluran yang sedia. Seiring waktu, beberapa negara telah membuat perkhidmatan radio yang sama, dengan pelbagai keperluan untuk keizinan dan standard teknikal yang ber

10 Jenama Komputer Terbaik Di Dunia

Pengeluar - pengeluar komputer sentiasa berusaha untuk memastikan jenama komputer riba atau komputer mereka mampu mengekalkan reputasi dari segi kualiti dan nilai kepada pelanggan. Pada masa sekarang, terdapat pelbagai  jenama komputer terbaik yang telah menyerang pasaran  dan bersaing dalam penambahbaikan dari segi kebolehpercayaan dan kualiti. Di bawah ini diberikan sebahagian daripada  jenama komputer terbaik  dan anda boleh nilai sendiri yang bersesuaian untuk anda dan juga keluarga anda. 1. Apple Apple adalah salah satu jenama komputer yang terbaik di dunia. Syarikat multinasional Amerika  ini, sentiasa berdiri di barisan hadapan dalam revolusi PC dan adalah salah satu  jenama komputer yang paling digemari di dunia . Syarikat ini beribu pejabat di Cupertino,California. Sebagai salah satu jenama komputer terbaik di dunia, firma ini membantu dalam membangunkan, merekabentuk dan menjual komputer peribadi, peralatan elektronik, perisian komputer dan lain-lai