ads

18 Jun 2012

Nak sayang @ ingat Ibu @ Bapa pun kena ada hari?


Sumber dari  FB yg hangat tersebar hari ni. 

SEJARAH SAMBUTAN HARI BAPA

"Menyingkap kembali sejarah, sambutan ini bermula di Fairmont, West Virginia, Amerika Syarikat pada Julai 1908. Sambutan mula-mula ini diuruskan oleh Puan Grace Golden Clayton bagi mengingati kematian 210 orang bapa yang merupakan mangsa tragedi letusan lombong di Monongah, West Virginia pada 6 Disember 1907. Tetapi malangnya, sambutan itu kurang mendapat tempat ketika itu kerana terdapat sambutan yang lain di daerah sekitar. Menyebabkan sambutan itu tidak didaftarkan secara rasmi. Dikatakan Clayton mengatur sambutan ini kerana terdapatnya sambutan Hari Ibu.

Sekitar tahun 1909, Cik Sonora Smart Dodd telah sekali lagi mengulangi idea ini, tetapi idea pada Dodd ini bukan timbul dari cedukan idea Clayton, sekadar cetusan pemikirannya melihatka betapa besarnya pengorbanan dan susah payah bapanya dalam membesarkan keluarganya selepas kematian ibunya. Pada mulanya sambutan ini kurang mendapat perhatian awam dan pihak berkenaan, namun usaha yang berterusan darinya menampakkan hasil apabila sambutan Hari Bapa mula disambut di Spokane, Washington pada 19 Jun 1910.

Pada 1916, semasa sambutan Hari Bapa diadakan di Spokane, Presiden Woodrow Wilson mencadangkan agar sambutan ini dijadikan sebagai salah satu sambutan rasmi tahunan, tetapi ditolak oleh Kongres ketika itu. Usaha ini dicuba kembali oleh Senator Margaret Smith dengan mengemukan usul menuduh Kongres "menganaktirikan" sambutan Hari Bapa selama 40 tahun dengan tidak meletakkannya sebagai sambutan rasmi tetapi meletakkan sambutan Hari Ibu sebagai sambutan rasmi.

Pada 1966, Presiden Lyndon B. Johnson mengemukan tuntutan agar Hari Bapa disambut pada Ahad miggu ketiga Jun setiap tahun sebagai Hari Bapa. Akhir sekali pada 1972, Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa sambuta Hari Bapa secara rasminya seperti yang dicadangkan pada tahun 1966. Sambutan ini diteruskan sehingga kehari ini di seluruh dunia termasuk Malaysia denga tarikh yang berbeza mengikut negara."


Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]
Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.
credit to http://dakwah.org