ads

27 Julai 2010

Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ

Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-

-Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.

-Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.

-Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.

-Pengubahan ke atas sistem bahanapi.

-Pengubahan ke atas sistem brek.

-Pengubahan ke atas sistem steering.

-Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.

-Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.

-Penukaran enjin.