Langkau ke kandungan utama

IP Address

Alamat IP (Internet Protocol address) adalah suatu nombor unik yang digunakan oleh peranti sebagai pengenalan dan untuk berkomunikasi antara satu sama lain di dalam satu rangkaian komputer yang menggunakan piawaian Protokol Internet (IP). Kesemua peranti berkaitan — seperti penghala, komputer, pelayan-masa, pencetak, mesin faks internet, dan sesetengah telefon — boleh mempunyai alamat IP sejagat unik.

Alamat IP dicipta dan diuruskan oleh IANA. IANA biasanya akan menguntukkan blok-blok kepada pejabat pendaftaran Internet wilayah, yang akan mengagihkan blok-blok yang lebih kecil kepada ISP dan syarikat-syarikat.Oleh kerana alamat IP tidak mudah diingati, Sistem Nama Domain menyediakan keupayaan untuk mengaliaskan nama domain (cth. www.wikipedia.org) kepada alamat IP (207.142.131.248).

Keunikan IP
IP adalah satu protokol lapisan rangkaian di dalam set protokol Internet dan adalah protokol lapisan atasan yang menyediakan alamat sejagat yang unik (cth. alamat MAC untuk ethernet) tetapi kedua alamat ini tidak semestinya dapat berkomunikasi antara satu sama lain. IP menambah satu servis di atas protokol lapisan pautan data — melalui penggunaan alamat IP — yang menyediakan keupayaan untuk pengenalan secara unik dan berkomunikasi dengan peranti lain di dalam rangkaian.

Dengan kata lain, alamat IP adalah seperti alamat penuh untuk mel pos sementara alamat MAC sekadar nombor rumah. Contohnya terdapat banyak alamat dengan nombor rumah 123 tetapi hanya ada satu alamat untuk 123, Jalan Utama, Cyberjaya, Malaysia. Hanya sekadar pos kepada “123″ tidak akan sampai ke mana tetapi “123, Jalan Utama, Cyberjaya, Malaysia” adalah alamat sejagat yang unik. Contoh kedua adalah seperti nombor telefon, alamat MAC cuma sekadar nombor telefon biasa (contoh 12345678), manakala alamat IP ialah nombor telefon yang lengkap dengan kod negara dan kod kawasan (contoh +603 12345678). Namun satu perbezaan ketara dengan dua contoh di atas ialah alamat IP seseorang itu bukan maklumat awam.

Sifat unik alamat IP membolehkan dalam banyak situasi untuk menjejak komputer mana — dan berkemungkinan, pengguna mana — yang menghantar mesej atau berkecimpung dalam suatu aktiviti di Internet. Maklumat ini digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengenali penjenayah yang disyaki; walau bagaimanapun perkongsian alamat IP atau penggunaan alamat IP dinamik (seperti di Malaysia), menyukarkan proses ini.

Alamat IP boleh kelihatan dikongsi oleh beberapa peranti kerana mereka sama ada berkongsi persekitaran pelayan web hos atau pelayan proksi (contohnya ISP atau perkhidmatan ketanpanamaan) yang bertindak sebagai perantara bagi pihak pelanggannya. Dalam kes ini alamat IP sebenar pengguna tidak dapat dikesan oleh pelayan. Analogi kepada sistem telefon ialah kegunaan nombor dail keluar (proksi) dan nombor sambungan (kongsi).

Versi IP : IP versi 4Protokol Internet versi 4
IPv4 menggunakan alamat 32-bit (4 bait), yang menghadkan ruang alamat kepada 4,294,967,296 (232) alamat unik. Piawaian IPv4 boleh dikelaskan kepada lima iaitu: A, B, C, D dan E. Hanya kelas A, B dan C sahaja yang biasanya digunakan. Manakala yang lain disimpan untuk untuk tujuan khas. Walau bagaimanapun telah muncul kaedah untuk menulis IP dengan tidak terikat dengan kelas dipanggil CIDR (Class-less Inter Domain Routing).
Contoh: 127.0.0.1

Versi IP : IP versi 6Protokol Internet versi 6
Disebabkan alamat IPv4 dikhuatiri habis tidak lama lagi, piawaian IPv6 sedang giat dijalankan. Alamat IPv6 adalah sepanjang 128 bit (16 bait), yang akan memberikan 2128, atau kira-kira 3.403 × 1038 alamat unik. Ini difikirkan cukup untuk tempoh yang lama.
Contoh: 2001:0db8:85a3:08d3:1319:8a2e:0370:7334
Class IPv4
Class A 10.0.0.0 - 126.255.255.255 (Private)
System IP 127.0.0.0 - 127.255.255.255 (Loop Back)
Class B 128.0.0.0 - 191.255.255.255 (Private)
Class C 192.0.0.0 - 223.255.255.255 (Public)
Class D 224.0.0.0 - 239.255.255.255 (Multicast)
Class E 240.0.0.0 - 255.255.255.255 (R&D)

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu Power on Self-Test (POST)

POST (Power on Self-Test) ialah ujian yang dilakukan oleh PC untuk memeriksa fungsi-fungsi komponen pendukung PC adakah bekerja dengan baik.  POST dilakukan PC pada saat booting, jika PC mengalami sesuatu masalah maka akan dapat dikesan apakah kerosakannya melalui POST, PC akan memberikan mesej / peringatan kesalahan dalam bentuk suara yang dihasilkan melalui speaker atau paparan visual di monitor.  Selain itu mesej / peringatan kesalahan juga boleh dikesan melalui prestasi dari PC, misalkan PC tidak hidup walaupun sumber kuasa AC sudah berhubung dan butang power sudah ditekan. POST membolehkan pengguna dapat mengesan, mengasingkan, menentukan, dan mencari kesalahan sehingga dapat memperbaiki  kerosakan yang terjadi pada PC.  Mekanisme POST disediakan oleh semua produk PC atau motherboard dan disimpan di dalam ROM atau flash ROM BIOS.  Secara umum proses dan prosedur yang dilakukan dalam POST pada semua produk motherboard adalah sama.  Terdapat beberapa perbezaan yang menjadikan ciri

CB RADIO (Citizen Band) DI MALAYSIA

Radio Jalur Rakyat (citizen band, CB) merupakan penyiaran tanpa lesen yang disiarkan melalui frekuensi yang ditetapkan khusus untuk kegunaan ini. Frekuensi yang dibenarkan adalah 27MHz bagi pancaran HF dan 477MHz bagi pancaran UHF. CB radio di kebanyakan negara adalah sistem radio jarak pendek komunikasi diantara individu-individu pada frekuensi daripada 40 saluran dalam 27MHz (11 meter band). CB radio adalah berbeza daripada FRS, GMRS, MURS atau amatur (ham) radio. Di kebanyakan negara, CB tidak memerlukan lesen dan tidak seperti radio amatur, mungkin boleh digunakan untuk perniagaan mahupun komunikasi peribadi. Seperti radio dua hala perkhidmatan lainnya, Citizens Band adalah saluran bersama oleh banyak pengguna. Hanya satu stesen boleh memancar pada suatu masa. Stesen lain harus mendengar dan menunggu bersama saluran yang sedia. Seiring waktu, beberapa negara telah membuat perkhidmatan radio yang sama, dengan pelbagai keperluan untuk keizinan dan standard teknikal yang ber

10 Jenama Komputer Terbaik Di Dunia

Pengeluar - pengeluar komputer sentiasa berusaha untuk memastikan jenama komputer riba atau komputer mereka mampu mengekalkan reputasi dari segi kualiti dan nilai kepada pelanggan. Pada masa sekarang, terdapat pelbagai  jenama komputer terbaik yang telah menyerang pasaran  dan bersaing dalam penambahbaikan dari segi kebolehpercayaan dan kualiti. Di bawah ini diberikan sebahagian daripada  jenama komputer terbaik  dan anda boleh nilai sendiri yang bersesuaian untuk anda dan juga keluarga anda. 1. Apple Apple adalah salah satu jenama komputer yang terbaik di dunia. Syarikat multinasional Amerika  ini, sentiasa berdiri di barisan hadapan dalam revolusi PC dan adalah salah satu  jenama komputer yang paling digemari di dunia . Syarikat ini beribu pejabat di Cupertino,California. Sebagai salah satu jenama komputer terbaik di dunia, firma ini membantu dalam membangunkan, merekabentuk dan menjual komputer peribadi, peralatan elektronik, perisian komputer dan lain-lai