ads

24 Jun 2010

Prosedur Tukar Enjin Kereta



Enjin kereta bermasalah? enjin pecah? bawa kereta laju sampai enjin tercabut kereta wira 1.5 nak jadi 1.8 dengan turbo sampai 230hp? Semua tu tak mustahil dan boleh dilakukan. boleh tapi pastikan enjin yang korang nak tukar tu telah disahkan oleh jpj dan puspakom.. takdelah korang nampak abang jpj terus nak patah balik.. itupun kalau sempat… kalau tak, tak pasal – pasal kena blacklist.. okay..

bagi sesiapa yang nak tukar enjin kereta dan caranya adalah seperti berikut:-

mestilah ada kereta… kalau takda kereta nak tukar enjin macamane? Dapatkan sebiji kereta dulu ye. Antara kereta – kereta yang feveret ditukar enjin ialah Proton wira dengan enjin Gsr , Honda dengan enjin b16a, Kancil dengan enjin Ef2 model l2,l5, Nissan Cefiro dengan Rb20 dett, Nissan Ad Resort dengan rb20, Daihatsu charade dengan enjin detomasso (tak ingat nama model) , toyota seg , toyota ae86, dan 2 atau 3 lagi yang feveret. Mengikut pengalaman dan trend muda – mudi kereta wira, kancil, nissan , toyota dan honda paling kerap dimodifikasikan.

mempunyai jpjk2(geran kereta yang sah), kalau ada kat bank kena pegi amik dulu le ye…

lepas tu beli enjin, kalau tak macamane nak tukar.. enjin pun takde! Pastikan enjin anda tidak melebihi 25% cc asal enjin tapi kalau lebih pegi minta surat kebenaran kawalselia bahagian kejuruteraan automotif jpj. Untuk kereta buatan proton enjin mitsubishi daripada siri 4g63 tidak dibenarkan sama sekali kecuali kereta perdana sahaja..

kereta mestilah memasang brake disk pada ke empat2 roda bagi kenderaan yang tukar enjin 1.8 keatas..

lepas tu bawa kereta yang dah tukar enjin tu ke Puspakom!
dokumen yang perlu di bawa:-
geran original
surat beli enjin
surat kastam enjin
surat kawalselia bahagian kejuruteraan automotif bagi kereta yang cc enjinya telah melebihi had yang ditetapkan atau model enjin yang berlainan, kalau cc enjin masih sama surat kebenaran ni tak perlu ada.
itu je dokumen yang perlu.. sikit je.. tak susah mana pun…

pastikan kereta anda mematuhi akta pengangkutan jalan jpj 1987 seperti:-
kenderaan anda tidak bercermin gelap.. kadar ketelusan cahaya ialah hadapan 70%, cermin sisi kiri dan kanan serta cermin belakang 50%.
bagi yang upkan cc kenderaan banyak sangat tu pasang brake disk ye…
jangan pasang bodypart yang melampau.. nanti tak pas pulak.. ubahsuai identiti, so bodypart biar standard dulu..
ekzos jgn lalu bawah tangki dan berbunyi bising sangat.. bahaya..

Update:- untuk download borang tukar enjin: Link