ads

27 Oktober 2009

Cara nak copy sesuatu dari website yang enable “right click disable”

Hak milik merupakan satu element penting dalam pembuatan mana-mana produk. Bila kita sebut produk, ianya termasuk entri-entri yang kita hasilkan di website dan blog . Oleh itu, ada di antara kita yang menggunakan plugin right click disable. Huhu. Asalnya tak nak suruh orang copy atau copet apa-apa gambar yang ada dalam website . Aku sendiri pun pernah guna cara tu dulu tapi tak lama lepas aku tahu keburukan benda tu terus aku buang. Hehe . Kod tu banyak menggunakan java script dan pastinya melambatkan loading website aku . Tak ada idea aku kenapa nak pakai benda tu sebab bagi aku, kalau setakat nak copy entri tu masih aku boleh terima asalkan bagi kredit untuk website yang korang copy. So, apa susah-susahkan diri ye tak ?
Apa-apa pun, korang pelajari sendiri cara yang aku senaraikan ni untuk tatapan korang bila berhadapan dengan kes macam tu. Ingat ! Copy mesti bagi kredit ye.

Caranya ialah korang perlu tekan mana-mana page yang ada di website tu. Misalnya di About Me. Lepas tu, tekan balik page Home . Korang akan perhatikan ada beberapa detik loading dalam website tu akan tergendala. Masa tu, terus highlight mana-mana entri yang korang nak di website tu. Copy anda paste pasti berjaya . Teknik ini adalah teknik pertama .

Cara keduanya ialah korang hanya perlu ulang langkah tadi . Tapi kali ini korang hanya perlu secara cepat menekan butang kanan di mouse secepat boleh bila page loading. Tekan view source . Korang akan dapat semua code html yang diguna dalam website aku . Cari bahagian mana yang korang nak copy tadi. Siap.

Cara ketiga ialah korang hanya perlu save page tu . Lepas save, buka files tu dan edit. Mudah lagi kan.

Bukan mudah kan nak copy sesuatu dari website yang tak dapat dicopy. Terlalu mudah . Tapi, masih releven ka benda tu ?