ads

23 Mei 2012

Debat PTPTN: YB Khairy vs Rafizi [22 Mei 2012 10.00 malam]



Pusingan Pertama





Pusingan Kedua




Pusingan Ketiga



22 Mei 2012

Hebatkah pengguna DSLR..??


Terdapat dua kategori utama kamera digital iaitu Point and Shoot (PnS) dan Digital Single Lens Reflex (DSLR).

Kedua-duanya saling melengkapi dan berguna untuk situasi berbeza. Untuk kualiti, DSLR dipilih tetapi PnS lebih mudah dibawa.

Industri kamera digital sentiasa berubah. Setiap kategori meminjam ciri kategori yang lagi satu.

Megapixel bukan Segalanya

Satu salah tanggapan yang kerap didengar mengguna kamera digital ialah megapixel adalah penentu utama kualiti kamera.

Megapixel BUKAN segalanya. Walaupun PnS boleh mencapai 12 megapixel, bukan bermakna ia lebih baik dari DSLR dengan hanya 6 megapixel.

Kenapa ini berlaku ialah saiz sensor imej yang digunakan dalam PnS jauh lebih kecil dari sensor imej DSLR. Kadang-kadang bezanya hingga 25 kali. Ini bermakna setiap pixel dalam PnS terpaksa dikecilkan dan mengumpul jumlah photon yang sedikit. Jika kita mengambil gambar dalam keadaan kurang cahaya, imej menjadi lebih berbintik-bintik (terdapat 'hingar').


Untuk tujuan perbincangan, DSLR di sini dianggap kamera yang boleh menukar lensa. DSLR yang asal mempunyai cermin pantulan (reflex mirror) yang membolehkan kita melihat imej secara langsung. Apabila dipetik, cermin naik ke atas membolehkan sensor imej menangkap imej. Beberapa kamera hari ini yang menggunakan standard micro Four-Thirds membolehkan kita melihat imej menerusi lensa tetapi tidak mempunyai cermin, jadi bukan DSLR tulen.

Janganlah beli DSLR jika kita merancang untuk menggunakan dalam mod Automatic. DSLR adalah mahal yang membantu mengambil imej yang menakjubkan, tetapi hanya jika kita mempunyai masa dan kesabaran untuk belajar dan berkarya.

OK, ini 10 sebab kenapa kita patut beli DSLR.

  1. Kualiti imej -- DSLR dengan sensor lebih besar menghasilkan gambar yang kurang hingar. Dengan PnS, hingar akan kelihatan pada setiap setting ISO, malah pada setting terendah. Dengan DSLR, kita boleh menghasilkan gambar yang boleh tahan walau pun pada setting ISO yang tinggi.
  2. Kawalan kreatif -- DSLR mempunyai banyak setting yang boleh diubahsuai: kelajuan shutter, aperture, imbangan putih, ketajaman, kontras, sinkronisasi flash, dan banyak lagi... Pada DSLR mahal, terdapat banyak butang di hujung jari membolehkan kita menukar setting tanpa masuk ke menu.
  3. Aksesori -- DSLR boleh menggunakan pelbagai lensa dan akseori membolehkan banyak kemungkinan. Kebanyakan PnS hanya mempunyai zum optikal 3x, tetapi DSLR boleh dipasang dengan lensa sudut luas ke super telephoto bergantung keperluan dan bajet. Tambah lagi aksesori lain seperti flash, filter, remote control etc menjadikan DSLR sesuai untuk pelbagai situasi. Jangan lupa terdapat pelbagai tahap kualiti lensa, dan kualiti imej bergantung sangat kepada kualiti lensa.
  4. Pantas -- 'Shutter lag' ialah lengah antara masa memetik shutter dan masa imej sebenarnya dirakam. Dengan DSLR, boleh dikatakan tiada shutter lag.
  5. Kualiti Badan -- Kebanyakan PnS dibuat dari plastik, plastik dan lagi lagi plastik. Rasanya macam tak kukuh dan memang mudah pecah. DSLR dibina dengan standard lebih tinggi. Terdapat DSLR murah yang dibuat dengan plastik tetapi lebih tahan dari PnS yang berharga sama. DSLR berharga RM5000 mempunyai badan berteraskan logam (Nikon D300, Canon 40D, dsb). Badan profesional paling mahal adalah yang paling tahan lasak dan tahan air. Mana ada jurufoto perang menggunakan PnS?
  6. Viewfinder -- Ramai pengguna PnS menganggapnya suatu kelemahan apabila melihat imej melalui viewfinder sebelum memetik. Pada hakikatnya ini suatu kelebihan. Melihat gambar melalui viewfinder membolehkan kita melihat bahagian imej yang dalam fokus, tanpa silau pada LCD. Barulah WYSIWYG (what you see is what you get)!
  7. Bokeh yang cantik -- Disebabkan sensor imej lebih besar, depth-of-field lebih sempit. Ini membolehkan kita mengambil gambar dengan latar belakang yang kabur (bokeh) yang cantik.
  8. Ergonomik -- DSLR lebih besar dan ada tempat genggam tangan membolehkan kita memegang kamera pada tempoh yang lama dengan selesa. Kamera murah tempat genggamnya kecil.
  9. Tak jatuh harga -- DSLR amnya tak jatuh harga berbanding PnS. Model-model DSLR kurang diganti berbanding PnS.
  10. Lensa berkualiti -- Amnya lensa DSLR lebih baik berbanding lensa PnS. Lensa DSLR lebih besar, dan terdapat lebih kaca untuk meningkatkan kualiti. Belilah lensa terbaik yang termampu. Jika ada dana lebih, belilah lensa bukan badan DSLR. Lensa tahan lebih lama dan harganya kurang jatuh berbanding badan DSLR. Untuk menjimatkan kos, beli saja lensa terpakai dan layarilah lelaman jualbeli seperti FTZ, Mudah.my dan forum PhotoMalaysia.


Kelemahan DSLR:

  1. Mahal -- Walaupun harga DSLR murah menyamai PnS mahal, anda selalunya akan membeli lensa dan aksesori lain.
  2. Besar & berat -- Ada masanya PnS lebih sesuai kerana boleh dibawa dalam tas tangan atau dalam poket.
  3. Penyengaraan -- Habuk boleh masuk kamera setiap kali menukar lensa, dan DSLR lebih baik dihantar ke pusat servis untuk mencuci sensor secara profesional.
  4. Bising - PnS biasanya boleh mengambil gambar secara senyap-senyap.
  5. Kompleks -- DSLR direka untuk operasi manual maknanya kita perlu tahu fungsi setiap butang.
  6. Mungkin tiada Live LCD -- Dalam kebanyakan DSLR, viewfinder satu-satunya cara melihat imej. Ada DSLR yang menggunakan Live LCD tetapi selalunya pemfokusan tidak sepantas PnS.

Cerita ini berdasarkan pengalaman shy bersama dengan kawan yang lain..
ketika sesi menangkap gambar.."eh,kau g r amik gambar tu ko kan ade DSLR"(padahal dalam beg ade camera sendiri tapi takut nak kuarkan..)
ade pon yang cakap cam ni "Kau kan dah ade DSLR sekarang mesti gambar-gambar kau cantik kan"...

Apa yang nak ditekankan kat sini ialah mentaliti terhadap PENGGUNA camera yang bagus bole tangkap gambar yang bagus semuanya tak benar langsung!!!!!.....serius tak benar!!!...

Persoalan: "Eleh kau shy,kau cakap tak benar abis tu kenapa kau beli
DSLR?baik kau pakai camera compact tak pon camera phone je...ce cite..ce cite............"
Ok,sebelum shy bercerita dengan lebih lanjut..jom kita tengok ape yang dimaksudkan dengan imej..perkataan imej datangnya dari perkataan imaginasi iaitu idea yang datangnya dari diri sendiri..

ape pula kamera??...kamera adalah satu alat yang digunakan untuk menangkap gambar yang datangnya dari idea imaginasi ini..sesuatu gambar yang baik adalah gambar yang bila kita tengok bole menangkap minat kita dan mempunyai penceritaan yang tertentu..

OK,daripada soalan tadi..kenapa orang pakai DSLR..
  • sebab diorang nak memudahkan tugas dalam mengambil gambar. Biasenya DSLR mempunyai beberapa ciri2 dan add-on yang tertentu yang memudahkan photographer untuk capture gambar. Tambahan pula biasenye DSLR ni tahan lasak untuk pengguna yang selalu mengambil gambar....
Persoalan: "Tak pernah pakai DSLR tapi ade duit banyak nak beli DSLR.Rasa-rasa bole dapat gambar cantik terus tak?"
Daripada forum dan blog fotografi yang shy dah review, Apa yang otai-otai photographer ni tekankan ialah belajarlah macam mana nak compose, lighting n teknik-teknik fotografi dulu dan seeloknya belilah DSLR tahap beginner dahulu....

Tapi jawapan shy ialah ya sebab sekarang kan dah banyak tutorial di internet so senang nak belajar,join forum dan lain-lain lagi..tapi semakin bagus camera korang semakin lambatla nak mahir ..tapi tak mengapa,slow2..:) .Gunalah camera yang sedia ada untuk belajar tentang teknik-teknik ni dan semakin risau perasaan korang terhadap camera, semakin kurang masa yang korang ada untuk mempelajari cara dalam menghasilkan imej yang berkualiti...

Kamera tak dapat mengambil gambar cantik tanpa photographer yang bagus

Persoalan: " Camera compact tak ade add on yang bagus..macam mana nak belajar teknik fotografi"
Sebab tu shy cakap ya dan seeloknya bermulalah dengan camera beginner dahulu tapi kalau nak terus beli yang pro pon tak mengapa..join forum n outing..serius,cepat belajar...:)

Tapi,bila dah ade DSLR tu jangan la nak kerek,belagak sangat2...tahula korang ade DSLR kan...peristiwa ni tak la baru lagi tapi ni masa shy pegi tolong tangkap gambar tunang sedara perempuan.....nak dijadikan cerita yang belah lelaki ni pon bawalah photographer jugak..time tu shy pinjam camera kawan sebab camera shy tak la power sangat pon...........

tapi yang shy perasan photographer tu tak tegor shy langsung dan shy jugak la yang pegi approach dia tegur..Ok takpe ..........bukanlah shy nak cakap pape kan tapi kerja tu kerja jugak la tapi apa salahnya saling tegur-menegur lagipon kita ni buat kerja sama2..ermmm..

Serius,kalau seseorang photographer tu friendly banyak gambar-gambar yang menarik boleh di-capture..sebab subjek ataupon model kita tu akan rasa senang je dengan kita...betul, tak tipu punya....hehe

So, kesimpulannya sekarang buangkan lah mentaliti yang pengguna DSLR tu bagus sangat,. actually camera biasa pon bole tangkap gambar yang menarik jugak..bukanlah sesuatu gambar yang penting tapi memori dan penceritaan daripada sesuatu gambar tu yang menjadikan ia lebih menarik...


credit to http://diaryshy.blogspot.com


Penerangan Tentang SEO

SEO adalah ringkasan kepada Search Engine Optimization. Kalau bahasa mudahnya , ialah cara mengoptimumkan apa yang anda buat di blog anda supaya boleh tersenarai di search engine seperti Google , Yahoo , MSN dll.


SEO boleh dikatakan satu proses halaman web supaya dapat dibaca dengan baik oleh search engine yang bersifat crawler (Google, Yahoo, MSN, dll). Proses SEO dapat melibatkan halaman web itu sendiri tapi kemungkinan melibatkan website lain.


Nak lagi mudah difahami , anda pernah search apa-apa di google tak? Mesti ada keyword yang anda guna untuk mencari sesuatu maklumat kan? Contohnya , "macamana nak buat blog". Lepas klik button search aje , berderet maklumat keluar di page tu kan? Kemungkinan ada antara mereka yang bermain dengan SEO ni.



Entri atau blog yang sentiasa terpapar di page depan Google , Yahoo , MSN dll ni selalunya akan dapat trafik free! Tu baru di page pertama. Belum di tangga teratas lagi. Tangga pertama.


Orang akan lebih cenderung untuk klik LINK yang teratas sekali. Semakin ramai yang cari keyword tu , semakin blog anda berada di page pertama Google , Yahoo , MSN dll , semakin banyaklah trafik kering yang anda dapat. Awesome kan?


SEO ni sebenarnya amat penting bagi mereka yang mengutamakan jumlah traffik yang tinggi, dan mereka-mereka yang mencari pendapatan sampingan dengan Blog atau Website ni. 


Untuk analisis SEO blog@web anda boleh ke sini. 

Hanya masukkan url anda dan tekan check.. 

psst: The Odairisme.Blogspot.Com SEO score is 48%.. hahahaha..

10 gangguan ketika melakukan solat


Antara gangguan ketika melakukan solat adalah:
1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.
Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.
2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.
“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).
3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.
Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.
Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).
5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.
Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.
Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.
“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).
7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).
Menguap dan mengantuk
Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
9) Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”
10) Terasa ingin buang angin atau buang air
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).
Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.
Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

16 Mei 2012

Apa itu Power on Self-Test (POST)




POST (Power on Self-Test) ialah ujian yang dilakukan oleh PC untuk memeriksa fungsi-fungsi komponen pendukung PC adakah bekerja dengan baik. 
POST dilakukan PC pada saat booting, jika PC mengalami sesuatu masalah maka akan dapat dikesan apakah kerosakannya melalui POST, PC akan memberikan mesej / peringatan kesalahan dalam bentuk suara yang dihasilkan melalui speaker atau paparan visual di monitor. Selain itu mesej / peringatan kesalahan juga boleh dikesan melalui prestasi dari PC, misalkan PC tidak hidup walaupun sumber kuasa AC sudah berhubung dan butang power sudah ditekan.

POST membolehkan pengguna dapat mengesan, mengasingkan, menentukan, dan mencari kesalahan sehingga dapat memperbaiki  kerosakan yang terjadi pada PC. Mekanisme POST disediakan oleh semua produk PC atau motherboard dan disimpan di dalam ROM atau flash ROM BIOS. Secara umum proses dan prosedur yang dilakukan dalam POST pada semua produk motherboard adalah sama. Terdapat beberapa perbezaan yang menjadikan ciri dari produk motherboard tertentu, tetapi pada dasarnya tetap sama.

1) Prosedur POST (Power on Self-Test)POST dilakukan sesaat setelah komputer dihidupkan dan mula booting, proses ini dilakukan oleh BIOS. 
     Adapun urutan prosedur POST adalah sebagai berikut:a) Test Power Supply bertanda dengan lampu power hidup dan kipas pendingin power supply berputar.b) Secara automatik dilakukan reset terhadap kerja CPU oleh isyarat power good yang dihasilkan oleh power supply jika dalam keadaan baik pada saat dihidupkan, kemudian CPU mula melaksanakan Arahan awal pada ROM BIOS dan selanjutnya.c) Pemeriksaan terhadap BIOS dan isi kandungannya. BIOS harus dapat dibaca.Arahan awal ROM BIOS adalah jump (lompat) ke alamat program POST.d) Pemeriksaan  terhadap CMOS, CMOS harus dapat bekerja dengan baik. Program POST bermula dengan membaca data setup (seting hardware awal) pada RAM CMOS setup, sebagai data acuan untuk pemeriksaan.e) Melakukan pemeriksaan  CPU, timer (Pemasaan), kawalan memori akses langsung, memory bus dan memory module.f) Memori sebanyak 16 KB harus tersedia dan boleh dibaca / ditulis untuk keperluan ROM BIOS dan menyimpan kod POST.g) Pemeriksaan  I / O controller dan bus controller. Controller tersebut harus dapat bekerja untuk mengawal proses read / write data. Termasuk I / O untuk VGA card yang disambungkan dengan monitor.Jika ada salah satu prosedur POST yang tidak berjaya dilewati maka PC akan menerima mesej / peringatan kesalahan dari POST. Mesej / peringatan kesalahan berupa kod beep yang dikeluarkan melalui speaker yang berhubung dengan motherboard atau paparan di skrin monitor sesuai dengan standard masing-masing motherboard.

2) Mesej / Peringatan Kesalahan POST (Power on Self-Test)Mesej / peringatan kesalahan hasil POST berupa paparan performance PC, visual di monitor dan beep dari speaker. Sesuai dengan urutan prosedur POST yang dilakukan oleh BIOS maka gejala-gejala permasalahan yang muncul adalah seperti berikut:


CPU dan Monitor mati, tidak ada beep 1. 

CPU hidup, Monitor Mati, Tidak ada beep 1. 


CPU hidup, Monitor Mati, ada beep 

Prosedur test POST yang telah dilakukan untuk memastikan bahawa unit power supply dan monitor bekerja dengan baik. Jika tahap ini dapat dilewati maka bios mulai meneruskan POST selanjutnya. Adapun hasil dari POST selanjutnya ditandakan dengan kod beep apabila ditemukan permasalahan. Bunyi kod beep yang ditunjukkan sesuai dengan BIOS yang digunakan.

Kod Beep AWARD BIOS
1 beep pendek PC dalam keadaan baik1 beep panjang Problem di dalam memori1 beep panjang 2 beep pendek Kerosakan di modul DRAM parity1 beep panjang 3 beep pendek Kerosakan di bahagian VGA. Beep terus menerus Kerosakan di modul ingatan atau memori video

Kod Beep AMI BIOS 

1 beep pendek DRAM gagal 2 beep pendek Litar gagal memeriksa keseimbangan DRAM Parity (sistem memori)3 beep pendek BIOS gagal mengakses memori 64KB pertama.4 beep pendek Timer pada sistem gagal bekerja5 beep pendek Motherboard tidak dapat menjalankan prosessor6 beep pendek Controller pada keyboard tidak dapat berjalan dengan baik7 beep pendek Video Mode error8 beep pendek Ujian memori VGA gagal9 beep pendek Checksum error ROM BIOS bermasalah10 beep pendek CMOS shutdown read / write mengalami errror11 beep pendek chache memori error1 beep panjang 3 beep pendek Conventional / Extended memori rosak
1 beep panjang 8 beep pendek Ujian paparan gambar gagal

Kod Beep IBM BIOS
1Tidak ada beep Power supply rosak, card monitor / RAM tidak dipasang1 beep pendek Normal POST dan PC anda dalam keadaan baikBeep terus menerus Power supply rosak, card monitor / RAM tidak dipasangBeep pendek berulang-ulang Power supply rosak, card monitor / RAM tidak dipasang1 beep panjang 1 beep pendek Masalah Motherboard1 beep panjang 2 beep pendek Masalah bahagian VGA Card (mono)1 beep panjang 3 beep pendek Masalah bahagian VGA CCard (EGA).3 beep panjang Keyboard error1 beep, blank monitor VGA card litar

Pada PC tertentu menggunakan tone yang pada prinsipnya sama dengan beep untuk memberikan mesej / peringatan kesalahan dalam bentuk suara.

Selain beep biasanya pada keadaan tertentu boleh dilihat juga mesej / peringatan kesalahan dalam bentuk text yang dipaparkan pada skrin monitor.Text tertulis merupakan sebahagian dari POST yang dapat dilaksanakan apabila VGA card dan monitor dalam keadaan baik serta terinstalasi dengan betul. User dapat mengetahui masalah yang ada dengan membaca text peringatan. Misalnya iaitu:Keyboard error: untuk masalah pada keyboardCMOS error: cmos battery error atau ada masalah pada setting peripheralHDD not Install: harddisk tidak dipasang