GPS atau Global Positioning System adalah sistem penunjuk arah bersatelit (satellite-based navigation), merupakan rangkaian satelit 24 jam yang beredar di orbit yang dilancarkan oleh Kementerian Pertahanan Amerika. Tujuan asal GPS ialah untuk kegunaan ketenteraan pada era 80an, tetapi hari ini kegunaannya dibuka kepada orang awam. GPS berfungsi dalam apa jua keadaan cuaca, dimana-mana sahaja di dunia ini dan berfungsi 24 jam sehari. Tidak ada sebarang cas dikenakan terhadap penggunaan GPS. GPS untuk kenderaan telah direkacipta untuk kemudahan pemandu-pemandu kereta mencari arah dan tempat yang dituju. Sistem mencari arah kenderaan menggunakan GPS adalah untuk memperolehi data supaya dapat menentukan kedudukan pengguna atau pemandu pada peta elektronik. GPS akan memberi arahan ke lokasi lain yang ditunjukkan dalam peta elektronik tersebut. Bagaimana GPS berfungsi ? Satelit GPS beredar mengelilingi bumi dua kali sehari dalam orbit yang tepat dan memancarkan isya
Let’s start sharing knowledge and help others..