ads

25 Mac 2010

BAIKI KIPAS BERPUSING PERLAHAN


Kadang-kadang kipas siling, kipas meja, kipas dinding atau exhaust fan di rumah kita menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum. Mengapakah ini berlaku ? Adakah ia boleh dibaiki ?

Perkara ini berlaku disebabkan kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut. Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Gambar 1 di bawah menunjukkan bentuk biasa kapasitor yang terdapat pada motor kipas manakala Gambar 2 menunjukkan lokasi kapasitor pada kipas siling.


Gambar 1: Bentuk biasa kapasitor kipas

Gambar 2: Lokasi kapasitor kipas siling

Nilai kapasitor yang biasa digunakan pada kipas siling atau kipas meja di rumah adalah sekitar 2uF. Kapasitor yang berkualiti rendah biasanya nilai Farad akan berkurangan setiap tahun. Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru. 

Anda dinasihatkan supaya menggantikan kapasitor tersebut dengan nilai Farad yang sama dengan nilai Farad kapasitor yang asal. Menggunakan kapasitor yang mempunyai nilai Farad yang lebih tinggi akan menyebabkan kipas berpusing lebih laju, motor menjadi lebih panas dan ini boleh merosakkan gelung dalam motor kipas tersebut. Pastikan kapasitor tersebut mempunyai label voltan lebih dari 300VAC.

Pastikan juga anda menutup suis utama pada papan agihan elektrik semasa membuat kerja penggantian kapasitor kipas. Ini adalah untuk keselamatan.

KREDIT TO http://zon152.blogspot.my/

22 Mac 2010

Aktiviti Terbaru

Memulakan kembali Projek Agro di halaman rumah.. Rakan2 yg ingin membantu dijemput ke rumah.. Pelopor utama ialah En. Fauzan.. Setelah berjaya di Farm Ville dgn jayanya, beliau akan mempraktikkan segala ilmu yg dipelajari di projek Agro Home Ville ini..