ads

29 Oktober 2009

Panduan Kepada Pengantin di Negeri Kedah

Panduan Kepada Pengantin Perempuan
Isikan borang 2 dan borang simpi berwarna kuning (boleh menggunakan tulisan rumi).

Untuk mendapat pengesahan Imam, sila kemukakan dokumen-dokumen / perkara-perkara berikut :
- Kad Pengenalan (asal dan salinan)
- Kad Pengenalan wali (asal dan salinan) - bagi pemohon perempuan sahaja
- Sijil kursus kahwin (asal dan salinan)
- Sekiranya pengantin perempuan ;
i) Seorang balu, sertakan salinan surat mati suami
ii) Seorang janda, sertakan salinan surat cerai

Panduan Kepada Pengantin Lelaki
Isikan borang 1 dan 2.
Untuk mendapat pengesahan Imam, sila kemukakan dokumen-dokumen / perkara-perkara berikut :
- Kad Pengenalan (asal dan salinan)
- Sijil kursus kahwin (asal dan salinan)
- Sekiranya pengantin lelaki seorang duda, sertakan salinan surat mati isteri / surat
cerai

Peringatan
Anak kariah yang tinggal diluar kariah hendaklah menggunakan alamat dalam kariah ketika mengisi borang.
Mereka yang tinggal dalam kariah sebelum genap tempoh 6 bulan tidak layak mendapat pengesahan Imam.
Hanya borang yang lengkap diisi dan disertakan dokumen-dokumen berkaitan akan dibuat pengesahan.
Hantar / ambil borang pada waktu sembahyang di masjid.
Majlis akad nikah HANYA akan di adakan di masjid.
Sila berunding dengan tuan Imam untuk urusan penetapan tarikh dan masa akad nikah.
Pengantin perempuan (berpakaian menutup aurat) dan wali dikehendaki ke masjid pada masa akad nikah berlangsung.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Agama Daerah yang berhampiran (bagi Negeri Kedah sahaja).

Prosedur Permohonan Untuk Mendapatkan Kebenaran Berkahwin (Bagi Negeri Kedah)

PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH

Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Agama Daerah di mana pemohon tinggal 1 bulan dari tarikh cadangan untuk berkahwin.
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Kad Pengenalan Wali - (bagi pemohon perempuan sahaja)
3. Sijil Kursus Pra Perkahwinan (salinan dan asal)**
4. Kebenaran berkahwin lelaki (jika lelaki daripada luar daerah) - (bagi pemohon perempuan sahaja)
5. Sijil Cerai Asal (bagi pemohon perempuan / lelaki)
6. Surat Mati bekas suami / isteri dan surat Perakuan Nikah / Rujuk - (asal dan salinan) (bagi duda / janda)
7. Kad Perakuan Memeluk Islam (asal dan salinan)** - (jika saudara baru)
8. Kebenaran berpoligami dari Mahkamah (jika berpoligami)
9. Surat kebenaran dari Kedutaan / Pihak berkuasa lain - (bagi pemohon bukan warganegara Malaysia)
10. Kebenaran berkahwin daripada pihak berkuasa tentera / polis (bagi anggota tentera / polis)
11. Lelaki - Borang 1 & 2 dilengkap dan disahkan oleh Tuan Imam Qariah
12. Perempuan - Borang 2 dilengkap dan disahkan oleh Tuan Imam Qariah

PERINGATAN
Kegagalan membawa dokumen-dokumen ASAL semasa datang untuk memohon kebenaran perkahwinan akan mengakibatkan permohonan anda ditolak.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah terlebih dahulu ditandatangani oleh Penolong Pendaftar Kariah / Imam di mana pemohon tinggal**

Sijil asal akan dikembalikanUntuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Agama Daerah yang berhampiran (bagi Negeri Kedah sahaja).

27 Oktober 2009

SENARAI TUGAS JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

  • Membantu tugas-tugas pengurusan aset ICT di sekolah dibawah penyeliaan Pengetua/Guru Besar/Guru Data.
  • Menyelenggara kemudahan & perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikal seperti:-
    Pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.
  • Membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS bagi School*Net , EG*Net, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya.
  • Menyelaras Meja Bantuan Teknikal ICT.
    Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerjayangdilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
  • Menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah.
  • Mengawasi isu-isu keselamatan ICT diperingkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN//PPD/Sekolah serta MAMPU
  • Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang di arahkan dari semasa ke semasa.

Soal Jawab Pusat Akses

Apakah itu Pusat Akses Sekolah?
Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah?
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

Apakah objektif Pusat Akses Sekolah?
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan
Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran

Bagaimanakah Pusat Akses Sekolah beroperasi?
Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.

Apakah aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah?
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-Learning)
Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
Berkolaborasi dengan murid lain

Siapa boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah?
Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari Internet

Apakah peralatan yang akan dibekalkan?
Setiap sekolah akan menerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan di perpustakaan atau mana-mana ruang bersesuaian. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat.

Bilakah Pusat Akses Sekolah akan dipasang di sekolah?
Penubuhan Pusat Akses Sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2006.

Apakah agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah?
Agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah meliputi 70 peratus sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi di bandar. 70 peratus daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah manakala baki 30 peratus adalah sekolah menengah.

Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah?
Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses dibuat berdasarkan kriteria berikut:
Ada ruang/bilik yang sesuai
Ada bekalan elektrik 24 jam
Ada akses kepada Internet
Ada Makmal Pengkomputeran
Kemahiran ICT warga sekolah
Komitmen pihak pentadbir sekolah

Apakah bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh didapati di Pusat Akses Sekolah?
Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. Bahan tersebut ialah:
Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista, dan sebagainya
Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, MySchoolNet, MyTutor, Online Smart Learning, dan sebagainya
Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat

SUKATAN PEPERIKSAAN PTK1 JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17

http://reg.upm.edu.my/ptk/F/juruteknik_komputer/FT17_TK1.pdf

Matlamat Sukatan Peperiksaan 1.1 Tahap kecekapan 1 (TK 1)
Pada TK
1; pegawai
i. Mempunyai pengetahuan dari segi teknikal, penyelenggaraan
komputer (pekakasan dan perisian), ‘troubleshooting’ dan
pengurusan sumber serta arahan pentadbiran; dan
ii. Memahami kemahiran teknikal dan peraturan-peraturan
pengurusan sumber dan arahan pentadbiran selaras dengan
bidang tugas jawatannya.

2. Tujuan Peperiksaan
Untuk menguji kebolehan dan kecekapan pegawai dalam memenuhi salah
satu syarat anjakan gaji

3. Pegawai yang layak menduduki peperiksaan ini
Juruteknik Komputer Gred FT17 yang telah disahkan dalam perkhidmatan

4. Sukatan Peperiksaan
Bidang sukatan peperiksaan adalah merangkumi Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus

Contoh Fail Meja FT17

JADUAL GAJI BARU BAGI PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT

Cara nak copy sesuatu dari website yang enable “right click disable”

Hak milik merupakan satu element penting dalam pembuatan mana-mana produk. Bila kita sebut produk, ianya termasuk entri-entri yang kita hasilkan di website dan blog . Oleh itu, ada di antara kita yang menggunakan plugin right click disable. Huhu. Asalnya tak nak suruh orang copy atau copet apa-apa gambar yang ada dalam website . Aku sendiri pun pernah guna cara tu dulu tapi tak lama lepas aku tahu keburukan benda tu terus aku buang. Hehe . Kod tu banyak menggunakan java script dan pastinya melambatkan loading website aku . Tak ada idea aku kenapa nak pakai benda tu sebab bagi aku, kalau setakat nak copy entri tu masih aku boleh terima asalkan bagi kredit untuk website yang korang copy. So, apa susah-susahkan diri ye tak ?
Apa-apa pun, korang pelajari sendiri cara yang aku senaraikan ni untuk tatapan korang bila berhadapan dengan kes macam tu. Ingat ! Copy mesti bagi kredit ye.

Caranya ialah korang perlu tekan mana-mana page yang ada di website tu. Misalnya di About Me. Lepas tu, tekan balik page Home . Korang akan perhatikan ada beberapa detik loading dalam website tu akan tergendala. Masa tu, terus highlight mana-mana entri yang korang nak di website tu. Copy anda paste pasti berjaya . Teknik ini adalah teknik pertama .

Cara keduanya ialah korang hanya perlu ulang langkah tadi . Tapi kali ini korang hanya perlu secara cepat menekan butang kanan di mouse secepat boleh bila page loading. Tekan view source . Korang akan dapat semua code html yang diguna dalam website aku . Cari bahagian mana yang korang nak copy tadi. Siap.

Cara ketiga ialah korang hanya perlu save page tu . Lepas save, buka files tu dan edit. Mudah lagi kan.

Bukan mudah kan nak copy sesuatu dari website yang tak dapat dicopy. Terlalu mudah . Tapi, masih releven ka benda tu ?

22 Oktober 2009

Tatacara Pelupusan





DEFINASI PELUPUSAN
Pelupusan adalah satu tindakan untuk mengeluarkan aset daripada milikan,kawalan, simpanan, dan rekod mengikut kaedah - kaedah yang di tetapkan

OBJEKTIF PELUPUSAN
Memastikan Jabatan : Tidak menyimpan harta benda yang tidak boleh di gunakan / tidak di perlukan lagi Mendapat hasil pulangan yang terbaik Menjmat ruang stor / pejabat

JENIS ASET ALIH Aset Kementerian / Jabatan yang di perolehi daripada wang kerajaan Aset yang di terima sebagai hadiah atau sumbangan Sampel / barang contoh untuk tender / kontrak Aset yang di lucut hak

JUSTIFIKASI PELUPUSAN Barang pecah dan rosak Habis tempoh penggunaan ekonomik Tidak ekonomik di baiki Usang Tamat tarikh luput Melebihi keperluan Tidak sesuai lagi di gunakan - perkembangan teknologi Disyorkan selepas urusan verifikasi, pengiraan stok dan pemeriksaan stok

PROSES PELUPUSAN KERJA



























Lampiran 1: Contoh borang KEW PA -16




21 Oktober 2009

Kenapa memerlukan Website dan Blog?

Adakah anda memerlukan Website? ataupun Blog?.
Tidak perlu jika anda tiada apa idea untuk website atau blog, maksud mudah saya ialah tiada topic atau tujuan untuk membuat website mahupun blog.
Siapakah yang harus mempunyai website/blog?
Seseorang yang suka berkongsi pengalaman atau bercerita atau mencari rakan-rakan baru dengan cara berblogging, Website pula sesuai kepada sesiapa yang ingin mempromosikan atau menjual produk mereka secara online.
Kenapa memerlukan website dan blog?
Mengambil kesempatan atas perkembangan teknologi pada masa kini. Berhubung dengan rakan tanpa berjumpa, mengenal rakan baru tanpa menyapa. Bagi website pula, mencari pelanggan serata Malaysia atau Dunia!
Berapakah kos untuk blog/website?
Memang ada yang free, tidak perlu bayar seperti blogspot,blogmas(tempatan) dan sebagainya. Itu semua jika ingin membina blog. Tetapi untuk membuat website, lebih baik yang berbayar punya. Senang hendak manage, dan tidak perlu bimbang jika account web free anda kena suspen pada suatu hari nanti. Kos pada masa kini ialah RM30 - RM100 mengikut pakej yang anda langgan.
Untuk siapa semua soalan ini?
hahah, tiada untuk siapa, saja mahu tulis
Bye, selamat pagi!




SUMBER